• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Kelebihan & Kekurangan Yamaha R15

5 Kelebihan & Kekurangan Yamaha R15
Hazique Zairill
April 22, 2025

Yamaha R15 Masih Berbaloi? Jom Tengok Kelebihan & Kekurangannya!

Langgan saluran Telegram kami untuk berita terkini!

Kalau sebut pasal motor sportbike bajet, mesti ramai terus terfikir Yamaha R15. Model ini memang antara pilihan paling popular di kalangan anak muda Malaysia sebab reka bentuk dia nampak ganas, sporty dan harga pun masih dalam kategori mampu milik.

Dalam kelas 150cc, pesaing lain seperti Suzuki GSX-R150 dan Honda CBR150R pun ada, tapi Yamaha R15 tetap jadi pilihan ramai kerana gaya reka bentuknya yang agresif dan prestasi enjin yang mengancam.

Kalau korang tengah cari motor sport terpakai yang masih power dan bergaya, Yamaha R15 memang patut masuk dalam wishlist. Tapi macam biasa, setiap motor ada pro & kontra. Jom kita tengok apa kelebihan dan kekurangan model ni!

5 Kelebihan Yamaha R15 

1. Design Sporty & Bergaya Abis!

R15 ni memang nampak macam abang-abang dia dalam siri Yamaha R, contohnya R6 dan R1. Fairing dia kemas, lampu depan tajam, dan rekabentuk aerodinamik tu memang buatkan motor ni nampak mahal dan premium. Kalau korang jenis pentingkan gaya, R15 memang cun habis.

2. Prestasi Enjin Responsif

Motor ni pakai enjin 155cc dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation), hasilnya, tenaga maksimum boleh cecah 19.3 hp. Untuk motor bawah 250cc, ini dah kira laju dan sangat responsive. Sesuai sangat untuk rider yang suka pickup kuat masa menunggang.

3. Ciri-Ciri Modern & Canggih

R15 ada features menarik seperti contoh; Slipper clutch & assist clutch untuk penukaran gear lebih smooth, Panel meter digital penuh yang lengkap info dan Lampu LED depan & belakang. 

4. Posisi Tunggang Yang Selesa

Walaupun sportbike, riding position R15 tak terlalu ekstrem. Handlebarnya under yoke tapi masih okay untuk daily ride atau short touring. Tak mudah lenguh, dan kawalan pun sedap bila cornering.

5. Rekaan Ringan & Mudah Diurus

Dengan berat sekitar 137kg, motor ni senang dikendalikan dan tak berat sangat untuk rider baru. Parking pun tak pening!

5 Kekurangan Yamaha R15

1. Body Terasa Ringan/Kopong

Beberapa pemilik rasa bahagian plastik pada motor ni tak se’solid’ pesaingnya. Bila diketuk, bunyi dia macam kosong sikit, kurang feel premium dari segi binaan.

2. Suspensi Belakang Agak Keras

Suspensi belakang jenis monoshock ni memang setup untuk sport riding. Tapi bila lalu jalan berlopak atau bumpy, rasa agak keras dan boleh buat bontot ngilu sikit

3. Tangki Minyak Kecil

Kapasiti tangki cuma 11 liter. Kalau korang jenis kuat berjalan atau suka ride jauh, kena kerap isi minyak. Tak praktikal sangat untuk long distance touring tanpa henti.

4. Spare Part Agak Mahal

Biasalah, motor sport. Kos alat ganti dia memang lebih mahal sikit dari motor kapcai biasa. Kalau korang plan pakai motor ni lama, kena standby bajet lebih sikit untuk maintenance.

5. Tak Mesra Pemula

Dengan kuasa enjin yang tinggi dan posisi tunggangan agak agresif, motor ni kurang sesuai untuk rider beginner. Nak kawal masa high speed perlukan skill dan pengalaman sikit. Time cornering pun agak mencabar.

Kesimpulan: Berbaloi Ke Beli Yamaha R15?

Jawapannya: Ya, kalau korang tahu apa yang korang nak.

Yamaha R15 adalah pilihan menarik untuk mereka yang nak motor sport berwajah garang, prestasi mantap, dan teknologi moden dalam bajet mampu milik.

Walaupun ada beberapa kelemahan kecil, model ini tetap memberikan pengalaman menunggang yang best dan puas hati, terutama untuk daily ride atau ride santai hujung minggu.

Kalau nak beli, datanglah ke imotorbike sebab kami dah pastikan dan check betul-betul condition motor, mileage, dan servis rekod. Lagi best kalau dapat test ride dulu, baru puas hati!

BUY YAMAHA R15

Related Items2025baruberitamalaysiaUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 22, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitamalaysiaUtamayamaha

More in Berita

Kawasaki Ninja 500 vs Kawasaki Ninja 650: Dua Sportbike, Dua Tahap Berbeza

Amzar HazeeqApril 8, 2026
Read More

Kawasaki Ninja 500 SE Review: Pilihan Ideal Untuk “Big Bike” Pertama

Hazique ZairillApril 8, 2026
Read More

Kove 450R vs CFMoto 450NK: Duel Naked Bike 450cc di Malaysia

Amzar HazeeqApril 8, 2026
Read More

Low Yat Meriah dengan Roadshow iMotorbike

Hazique ZairillApril 7, 2026
Read More

Motor Apa Paling Best untuk Ulang Alik Kerja? Ini Top 5 Pilihan

Amzar HazeeqApril 6, 2026
Read More

Nak Duit Cepat? Jual Motor Dengan iMotorbike – Mudah, Cepat & Tanpa Stress

Amzar HazeeqApril 6, 2026
Read More

KTM RC 450 Diperkenalkan di China

Hazique ZairillApril 6, 2026
Read More

Sesi Pemilihan RCB MotoKidz Championship 2026 Terus Cungkil Bakat Baharu

Amzar HazeeqApril 6, 2026
Read More

Cara Bawa Motor Clutch untuk Beginners: Step-by-Step Guide (Tips dari Rider Berpengalaman)

Amzar HazeeqApril 3, 2026
Read More

Top 5 Motor Yang Confirm Buat Awek Pandang

Hazique ZairillApril 3, 2026
Read More

Riding Gear Wajib untuk Rider: Keselamatan Bukan Pilihan

Amzar HazeeqApril 3, 2026
Read More

Motor Bajet Bawah RM3K Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqApril 2, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Umum Penarikan Balik QJMotor AX200S
    BeritaMac 18, 2026
  • Motor Apa Paling Best untuk Ulang Alik Kerja? Ini Top 5 Pilihan
    BeritaApril 6, 2026
  • Motor Bajet Bawah RM3K Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaApril 2, 2026
  • Motor Thailand vs Motor Malaysia: Kenapa Nama Berbeza Walaupun Model Sama?
    BeritaApril 2, 2026
  • Top 5 Kapcai Terbaik Untuk Dibeli April 2026
    BeritaMac 31, 2026
  • Top 5 Motor Yang Confirm Buat Awek Pandang
    BeritaApril 3, 2026
  • Cara Bawa Motor Clutch untuk Beginners: Step-by-Step Guide (Tips dari Rider Berpengalaman)
    BeritaApril 3, 2026
  • Kawasaki Ninja 500 vs Kawasaki Ninja 650: Dua Sportbike, Dua Tahap Berbeza
    BeritaApril 8, 2026
  • Kawasaki Ninja 500 SE Review: Pilihan Ideal Untuk “Big Bike” Pertama
    BeritaApril 8, 2026
  • Kove 450R vs CFMoto 450NK: Duel Naked Bike 450cc di Malaysia
    BeritaApril 8, 2026
  • Low Yat Meriah dengan Roadshow iMotorbike
    BeritaApril 7, 2026
  • Motor Apa Paling Best untuk Ulang Alik Kerja? Ini Top 5 Pilihan
    BeritaApril 6, 2026
  • Nak Duit Cepat? Jual Motor Dengan iMotorbike – Mudah, Cepat & Tanpa Stress
    BeritaApril 6, 2026
  • KTM RC 450 Diperkenalkan di China
    BeritaApril 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MForce Umum Motoshow Eksklusif Tahun Depan
5 Port Rider Lepak dan Ride 
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat