• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kawasaki GPZ900RS Ninja baharu sedang dibangunkan

Kawasaki GPZ900RS Ninja baharu sedang dibangunkan
Brendan Jeremiah
Februari 7, 2023

KAWASAKI GPZ900RS NINJA MENDAPAT INSPIRASI DARIPADA GPZ900R DAN AKAN MENAMPILKAN ENJIN 948CC.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Barisan model RS Kawasaki sememangnya cukup popular kerana pengeluar motosikal Jepun itu mengekalkan DNA klasik yang pernah popular pada era 70-an hingga 80-an.

Hasilnya, model seperti Kawasaki Z900RS yang diinspirasikan oleh model Z1 kekal popular sejak ia diperkenalkan.

Populariti Z900RS turut mendorong Kawasaki mengeluarkan Z650RS dalam usaha menembusi pasaran yang lebih luas terutamanya dalam menarik pelumba muda.

Terdapat spekulasi bahawa Kawasaki akan memperkenalkan Z400RS. Bagaimanapun, setakat ini tiada berita lanjut mengenai model tersebut.

LAPORAN TERKINI DI JEPUN MENDAKWA BAHAWA KAWASAKI AKAN MEMPERKENALKAN MOTOSIKAL INSPIRASI GPZ900R. MENURUT YOUNG-MACHINE, MODEL TERSEBUT MENGAMBIL NAMA GPZ900RS NINJA.

Model itu berkemungkinan menggunakan platform DOHC 948cc 4-sebaris penyejuk cecair yang sama seperti Z900RS. GPZ900RS Ninja menawarkan reka bentuk yang serupa dengan GPZ900R ikonik yang dihasilkan oleh Kawasaki dari 1984 hingga 2003.

Enjin 908c empat silinder yang terdapat dalam GPZ900R menghasilkan 115hp dan 85Nm. Sebaliknya, enjin moden dalam Z900RS ini menawarkan 111hp pada 8,500rpm dan 98Nm. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Kawasaki akan menala semula enjin untuk digunakan pada GPZ900RS Ninja.

PREVIEW IMEJ ‘RENDER’ YANG DIKONGSI OLEH YOUNG-MACHINE DI ATAS JUGA MENUNJUKKAN BEBERAPA KOMPONEN DARIPADA Z900RS DIKEKALKAN TERMASUK RODA, SUSPENSI DAN KERANGKA.

Untuk rekod, Kawasaki GPZ900R juga dikenali sebagai model Ninja terawal dan turut dipopularkan oleh filem Top Gun yang pernah ditayangkan pada 1986.

Walaupun pendedahan terbaru ini agak menarik, namun tiada kenyataan rasmi dibuat oleh pihak Kawasaki setakat ini. Namun, memandangkan dakwaan Young-Machine jarang tersasar selama ini, kami menjangkakan projek Ninja GPZ900RS sedang giat dijalankan pada masa ini.

Tiga tahun lalu, sebuah syarikat aksesori motosikal di Jepun, DOREMI Collection menghasilkan kit GPZ900R untuk model Z900RS.

Related Itemsbaruberitagpz900rsjepunkawasakininjaTop GunUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Februari 7, 2023
Brendan Jeremiah

Related Itemsbaruberitagpz900rsjepunkawasakininjaTop GunUtama

More in Berita

Top 5 Kapcai Terbaik Untuk Dibeli April 2026

Hazique ZairillMac 31, 2026
Read More
Kuala Lumpur

Kenapa Naik Motor Lagi Cepat? Ini Sebab Ramai Tinggalkan Kereta

Amzar HazeeqMac 31, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Amerika Syarikat 2026 Di Kedudukan Ke-13.

Amzar HazeeqMac 31, 2026
Read More

Moto Morini X-Cape 700 Kini Rasmi di Malaysia, Harga Bermula RM38,888

Hazique ZairillMac 31, 2026
Read More

Panduan Formula 1 Untuk Beginner: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang F1

Amzar HazeeqMac 30, 2026
Read More

Clearance Sale iMotorbike: Jangan Lepaskan Tawaran Hebat 30 & 31 Mac

Amzar HazeeqMac 30, 2026
Read More

Lane Splitting di Malaysia: Solusi Trafik atau Risiko Kemalangan?

Amzar HazeeqMac 27, 2026
Read More

Harga Minyak Naik: Adakah Sekarang Masa Terbaik untuk Guna Motor?

Amzar HazeeqMac 27, 2026
Read More

Kerajaan Rancang Turun Kuota RON95 Bersubsidi Kepada 200 Liter Sebulan

Hazique ZairillMac 26, 2026
Read More

Harga Petrol Malaysia: RON95 Kekal RM1.99 Di Bawah BUDI MADANI

Hazique ZairillMac 26, 2026
Read More

Renew Insurans Motosikal Tanpa Stres: Panduan Lengkap Elak Kesilapan & Claim Ditolak

Amzar HazeeqMac 26, 2026
Read More

Hanway Malaysia Lancar Cruiser Retro BOB250

Hazique ZairillMac 26, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Umum Penarikan Balik QJMotor AX200S
    BeritaMac 18, 2026
  • Rancang Perjalanan Balik Raya 2026: Tips ‘Safe Ride’ & ‘Safe Drive’ Sampai Ke Kampung!
    BeritaMac 18, 2026
  • Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia
    BeritaMac 9, 2026
  • Jual Motor Dengan Kami Di iMotorbike!
    BeritaMac 17, 2026
  • Beli Motor dengan Kami di iMotorbike! 
    BeritaMac 17, 2026
  • Motosikal Moden Lebih Susah Diselenggara? Ini Jawapan Sebenar
    BeritaMac 17, 2026
  • Ops Hari Raya: JPJ Terengganu Perangi Aktiviti Mat Rempit
    BeritaMac 16, 2026
  • Top 5 Kapcai Terbaik Untuk Dibeli April 2026
    BeritaMac 31, 2026
  • Kuala Lumpur
    Kenapa Naik Motor Lagi Cepat? Ini Sebab Ramai Tinggalkan Kereta
    BeritaMac 31, 2026
  • Hakim Danish Tamat GP Amerika Syarikat 2026 Di Kedudukan Ke-13.
    BeritaMac 31, 2026
  • Moto Morini X-Cape 700 Kini Rasmi di Malaysia, Harga Bermula RM38,888
    BeritaMac 31, 2026
  • Panduan Formula 1 Untuk Beginner: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang F1
    BeritaMac 30, 2026
  • Clearance Sale iMotorbike: Jangan Lepaskan Tawaran Hebat 30 & 31 Mac
    BeritaMac 30, 2026
  • Lane Splitting di Malaysia: Solusi Trafik atau Risiko Kemalangan?
    BeritaMac 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hadiri Ujian Rasmi MotoGP di SIC secara PERCUMA pada 10 hingga 12 Februari ini
Yamaha GT150 Fazer 2023 dilancarkan secara rasmi di China
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat