iMotorbike Express Service

Harga Servis Motor Malaysia

Berapa kos servis motor, apa yang sepatutnya termasuk dalam pakej, dan bagaimana untuk tempah slot di pusat servis iMotorbike yang paling dekat dengan anda.

  • 3 pusat servis: Shah Alam, Masai (Johor), Perai (Penang)
  • Dibuka setiap hari
  • Tempah dalam talian, pilih slot masa anda

Pakej servis motor di iMotorbike

Kebanyakan penunggang hanya perlukan satu perkara apabila motosikal sampai masa servis: minyak enjin yang baharu, penapis yang bersih dan seseorang yang memeriksa keadaan motosikal sebelum masalah kecil menjadi besar. Itulah skop Pakej Standard Maintenance Service. Untuk skuter, minyak gear turut ditukar kerana sistem transmisinya berbeza daripada kapcai.

Harga servis

Pakej Standard Maintenance Service

RM69motosikal kapcai

  • Tukar minyak enjin (Eneos)
  • Penapis minyak (oil filter) OEM
  • Minyak gear untuk skuter
  • Pemeriksaan keadaan motosikal
Promo pelanggan baharu: RM49 (kapcai) / RM59 (skuter) sehingga 30 September 2026.Untuk pengguna Express Service kali pertama, tempahan melalui laman web iMotorbike, motosikal 150cc dan ke bawah, Pakej Standard sahaja.

Harga untuk skuter dan motosikal lain dipaparkan semasa anda membuat tempahan.

Semak harga dan tempah

Apa yang sepatutnya termasuk dalam servis motor

Perkataan “servis” digunakan untuk kerja yang sangat berbeza dari satu bengkel ke bengkel lain. Sebelum membandingkan harga, pastikan anda membandingkan skop yang sama. Servis asas yang lengkap biasanya meliputi:

  • Tukar minyak enjin. Minyak yang lama kehilangan keupayaan melincir dan melindungi komponen enjin daripada haus.
  • Tukar penapis minyak. Penapis yang tersumbat menyebabkan kotoran terus beredar dalam enjin walaupun minyak sudah baharu.
  • Minyak gear (skuter). Skuter menggunakan kotak gear berasingan yang memerlukan minyaknya sendiri.
  • Pemeriksaan keadaan. Brek, tayar, rantai atau belting, lampu dan bateri diperiksa supaya anda tahu apa yang perlu diganti tidak lama lagi.

Jika sebut harga yang anda terima jauh lebih murah, tanya sama ada penapis minyak ditukar dan jenis minyak yang digunakan. Dua perkara ini paling kerap menjadi punca perbezaan harga.

Apa yang mempengaruhi harga servis motor

  • Jenis motosikal. Kapcai dan skuter memerlukan kerja yang berbeza. Skuter mempunyai sistem CVT dan belting yang tiada pada kapcai. Baca bila perlu tukar belting skuter untuk penjelasan lanjut.
  • Kapasiti enjin. Enjin yang lebih besar biasanya menggunakan lebih banyak minyak dan alat ganti yang berbeza.
  • Jenis minyak enjin. Minyak mineral, semi sintetik dan fully synthetic berbeza harga dan jarak penggunaannya. Perbandingan jenama ada dalam panduan minyak hitam motor terbaik.
  • Kerja tambahan. Tayar, rantai, brek pad dan bateri ditukar hanya apabila perlu dan dicaj berasingan.
  • Keadaan motosikal. Motosikal yang lama tidak diservis mungkin memerlukan lebih banyak kerja berbanding yang diservis mengikut jadual.

Kapcai atau skuter: servis yang berbeza

Kapcai dan skuter mungkin mempunyai kapasiti enjin yang hampir sama, tetapi cara kuasa dihantar ke roda berbeza. Itulah sebabnya senarai kerja servis dan kosnya tidak semestinya sama.

Kapcai

Contoh: Y15ZR, LC135, EX5

  • Pacuan rantai dan sproket. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui rantai.
  • Rantai perlu dijaga. Laraskan ketegangan dan lincirkan secara berkala. Pilihan pelincir ada dalam spray rantai motor terbaik.
  • Servis asas. Tukar minyak enjin dan penapis minyak.

Skuter

Contoh: NVX, NMAX, Vario, Avantiz

  • Sistem CVT. Menggunakan belting dan roller, bukan rantai.
  • Minyak gear. Perlu ditukar selain minyak enjin.
  • Belting diperiksa. Belting haus secara beransur-ansur dan perlu diganti apabila tiba masanya.

Tanda motosikal anda perlu diservis sekarang

Jangan tunggu sehingga motosikal rosak. Antara tanda yang paling biasa:

  • Enjin berbunyi lebih kasar atau bising berbanding biasa
  • Tarikan terasa lemah atau motosikal semput ketika memecut
  • Penggunaan minyak petrol meningkat tanpa sebab yang jelas
  • Brek terasa kurang makan atau berbunyi ketika ditekan
  • Sudah melepasi jarak servis yang disyorkan dalam buku manual pemilik

Senarai lebih lengkap ada dalam 5 tanda motosikal perlu diservis.

Servis tambahan yang boleh ditempah

Selain pakej standard, anda boleh menambah servis berikut dalam borang tempahan yang sama, jadi semua kerja selesai dalam satu lawatan:

Servis tambahanSmallBigSuper
Cuci motosikalCuci, degreaser, plastic shineRM10RM20RM30
Perkhidmatan OBDImbasan diagnostikRM10RM20RM30
Pad brekDaripadaRM20DaripadaRM40DaripadaRM80
Tali sabuk CVTUntuk skuterDaripadaRM29DaripadaRM34DaripadaRM46
TayarDaripadaRM43DaripadaRM97DaripadaRM118
RantaiDaripadaRM43DaripadaRM87DaripadaRM150
Rantai & sprocketSet depan & belakangDaripadaRM44DaripadaRM250DaripadaRM500
BateriDaripadaRM47DaripadaRM96DaripadaRM102

Saiz Small merangkumi kapcai dan skuter harian seperti dalam jadual harga di atas. Harga “daripada” bergantung pada model dan alat ganti yang dipilih. Semua servis tambahan boleh dipilih dalam borang tempahan yang sama. Tertakluk pada terma dan syarat.

Harga servis mengikut model

Bandingkan harga pakej servis iMotorbike dengan anggaran kos tukar minyak enjin di kedai biasa dan pusat servis rasmi, kemudian tempah terus untuk model anda.

Harga iMotorbike sudah termasuk minyak enjin, penapis minyak, upah dan pemeriksaan motosikal. Harga tetap mengikut saiz motosikal, dipaparkan dalam borang sebelum anda sahkan tempahan.

ModelHarga iMotorbikePusat servis rasmi**Kedai biasa**Tempah
Yamaha Y15ZRKapcaiRM49RM69Promo*RM69Jimat sehingga RM62Jimat sehingga RM42RM73 – RM111RM48 – RM71Tempah
Yamaha Y16ZRKapcaiRM69Jimat sehingga RM42RM73 – RM111RM48 – RM71Tempah
Yamaha LC135KapcaiRM49RM69Promo*RM69Jimat sehingga RM62Jimat sehingga RM42RM73 – RM111RM48 – RM71Tempah
Honda RS150RKapcaiRM49RM69Promo*RM69Jimat sehingga RM62Jimat sehingga RM42RM73 – RM111RM48 – RM71Tempah
Honda EX5KapcaiRM49RM69Promo*RM69Jimat sehingga RM62Jimat sehingga RM42RM73 – RM111RM48 – RM71Tempah
Honda WaveKapcaiRM49RM69Promo*RM69Jimat sehingga RM62Jimat sehingga RM42RM73 – RM111RM48 – RM71Tempah
Yamaha Ego AvantizSkuterRM59RM89Promo*RM89Jimat sehingga RM51Jimat sehingga RM21RM63 – RM110RM38 – RM70Tempah
Honda BeATSkuterRM59RM89Promo*RM89Jimat sehingga RM51Jimat sehingga RM21RM63 – RM110RM38 – RM70Tempah
Honda Vario 125SkuterRM59RM89Promo*RM89Jimat sehingga RM51Jimat sehingga RM21RM63 – RM110RM38 – RM70Tempah
Honda Vario 160SkuterRM89Jimat sehingga RM21RM63 – RM110RM38 – RM70Tempah
Yamaha NVXSkuterRM89Jimat sehingga RM21RM63 – RM110RM38 – RM70Tempah
Yamaha NMAXSkuterRM89Jimat sehingga RM21RM63 – RM110RM38 – RM70Tempah

Harga iMotorbike ialah Pakej Penyelenggaraan saiz Small: tukar minyak enjin ENEOS, penapis minyak OEM, minyak gear untuk skuter dan pemeriksaan motosikal. Skuter menggunakan ENEOS 4T Scooter 10W-40 dan ENEOS Scooter Gear Oil 80W-90. Pakej adalah khusus mengikut model motosikal. Motosikal besar: Standard Big RM189 dan Super RM319, Skuter Big RM129 dan Super RM209. Tertakluk pada terma dan syarat.

* Promo sehingga 30 September 2026 untuk pengguna Express Service kali pertama, tempahan melalui laman web iMotorbike, motosikal 150cc dan ke bawah, Pakej Standard sahaja.

“Jimat sehingga” dibandingkan dengan anggaran tertinggi di pusat servis rasmi.

** Anggaran dikira daripada harga yang diterbitkan. Kapcai: minyak enjin semi sintetik, penapis minyak dan upah. Skuter: minyak enjin skuter semi sintetik, minyak gear dan upah. Sumber: harga minyak dan kadar upah mengikut jenis bengkel (Enjin Hub, Ogos 2026) dan harga penapis minyak (PT Motorsports), harga minyak skuter (Motomate) dan minyak gear (Shopee). Harga sebenar berbeza mengikut kedai, lokasi dan jenama minyak.

Cara tempah servis motor dalam talian

  1. Pilih servis. Pada skrin pertama, pilih "Maintenance Service Package". Pilihan lain dalam senarai adalah servis tambahan.
  2. Pilih pusat dan slot masa. Klik "Next" untuk ke skrin jadual dan pilih tarikh serta masa.
  3. Semak harga. Jika anda layak untuk promosi, diskaun dipaparkan pada skrin jadual, bukan pada skrin pertama.
  4. Datang ke pusat servis pada masa yang dipilih.

Pusat servis iMotorbike

Pilih pusat servis yang paling dekat dengan anda. Setiap halaman lokasi mempunyai alamat penuh, pautan Google Maps dan kawasan berdekatan.

Soalan lazim tentang harga servis motor

Berapa kerap perlu servis motor?

Ikut jadual dalam buku manual pemilik motosikal anda, kerana setiap pengeluar menetapkan jarak (km) dan tempoh yang berbeza. Cara penunggangan juga mempengaruhi: motosikal yang digunakan setiap hari dalam kesesakan bandar biasanya memerlukan servis lebih kerap. Panduan tentang minyak enjin ada dalam minyak hitam motor tukar berapa kali.

Apa beza servis minor dan servis major?

Servis minor biasanya merujuk kepada penyelenggaraan berkala seperti tukar minyak enjin dan penapis. Servis major lebih menyeluruh dan boleh melibatkan sistem pembakaran, brek, transmisi dan komponen lain. Skop sebenar berbeza mengikut bengkel, jadi sentiasa tanya apa yang termasuk sebelum bersetuju dengan sesuatu harga.

Berapa kos servis fork, karburator atau CVT?

Kerja seperti ini bergantung pada keadaan komponen dan alat ganti yang diperlukan, jadi harga yang tepat hanya boleh diberi selepas motosikal diperiksa. Hubungi pusat servis dahulu untuk semak sama ada kerja tersebut boleh dilakukan.

Berapa kos tukar tayar motor?

Harga bergantung pada saiz dan jenama tayar. Julat harga mengikut jenama ada dalam harga tayar motor. Di iMotorbike, tukar tayar untuk motosikal saiz Small bermula daripada RM43 dan boleh ditambah dalam tempahan servis yang sama.

Kenapa harga promosi tidak kelihatan pada skrin pertama?

Skrin pertama borang tempahan memaparkan harga biasa. Jika anda layak untuk promosi, diskaun dipaparkan selepas anda klik “Next” dan memilih jadual.

Perlu tempah dahulu atau boleh terus datang?

Tempahan dalam talian membolehkan anda memilih pusat servis dan slot masa terlebih dahulu, jadi motosikal anda diuruskan pada masa yang ditetapkan.

Sedia untuk servis motosikal anda?

Tempah dalam talian dan pilih pusat servis yang paling dekat dengan anda.