Dari laluan berliku penuh adrenaline hingga ride santai hujung minggu, ini port kegemaran rider superbike Malaysia untuk lepak, makan dan borak lepas puas tarik throttle.

Subscribe to our Instagram Channel for instant news & updates!
Kalau korang jenis ride superbike ataupun ride motor apa apa pun, korang mesti faham yang ride ni bukan sekadar pusing throttle, tetapi destinasi, pilihan makanan dan geng ride tu yang buat perjalanan jadi complete dan best.
Di Malaysia ni memang banyak port lepak legend untuk rider rider, terutama lepas layan corner atau highway panjang. Memang boleh dikatakan, tempat2 ni adalah culture yang sudah ada dari zaman dahulu lagi dan ada juga yang baru trending. Jadi, ini antara 5 tempat kegemaran rider superbike yang selalu jadi spot singgah hujung minggu.

1. Lemang Tokki, Bentong
Lepas puas baring corner kat Karak Highway, Lemang Tokki memang macam checkpoint wajib. Park motor depan kedai, bau lemang dan rendang terus buat perut berbunyi. Tempat ni selalu penuh dengan pelbagai jenis motor dan menajdi port lepak rider rider dari zaman dulu lagi. Sambil makan, boleh borak dan cuci mata tengok jentera orang lain. Vibe dia memang rider-friendly. Makan pun sedap!
Address: Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang

2. Lomak Salai, Negeri Sembilan
Nak ke sini, laluan Bukit Putus / Jelebu memang syok habis layan corner. Sampai je, terus parking motor dan pekena nasi panas kuah lomak pekat, memang padu! Lepas makan, boleh sambung ride ke Temiang–Pantai Highway yang view dia hijau luas, rasa macam ride kat New Zealand versi Malaysia.
Address: Lomak Salai, Jln Seremban – Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

3. ZUS Coffee Genting Highlands
Genting ni bagi rider superbike kira macam ‘Nürburgring Malaysia’. Jalan naik bukit, selekoh rapat, throttle control memang the real test. Lepas penat naik, lepak kat ZUS Genting Awana, minum kopi panas sambil sejuk-sejuk angin gunung, memang layan. Sekarang bukan rider je, geng kereta pun suka lepak sini hujung minggu.
Address: Genting Xintiandi Sales Gallery, Lot 10363, Jalan Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang

4. Kopi Manshor, Kuala Pilah
Kalau nak ride santai, bukan jenis tarik sampai merah, Kuala Pilah memang sesuai. Jalan kampung yang tenang, pemandangan hijau, dan Kopi Manshor jadi port lepak kegemaran rider, especially ride malam. Minum kopi, borak kosong dengan geng rider, dengar bunyi motor lalu-lalang, simple tapi puas.
Address: Lot 717 Jalan Seremban – Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

5. Wan Ikan Bakar
Sekarang makin best sebab boleh layan Highway WCE (West Coast Expressway) yang lurus dan lengang, atau ikut jalan lama melalui Teluk Intan. Tapi kalau ikut jalan PLUS pun best juga sebab memang lurus je sampai Taiping. Sampai je dekat Wan Ikan Bakar, parking luas, senang susun motor, sesuai kalau datang konvoi besar. Lepas ride jauh, ikan bakar panas-panas memang ‘healing’ betul.
Address: 5628, kampung pasir, 34600 Kamunting, Perak
Penutup
Tak kisah naik liter bike, middleweight atau naked besar, tempat lepak ni semua ada satu persamaan iaitu jalan best, makanan padu, dan vibe rider yang always win. Kalau korang teringin nak pakai superbike, ataupun motor besar lain, atau motor kapcai dan skuter, boleh je layari laman web kami imotorbike.com!



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS