• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

JPJ Sita 133 Kenderaan Bernilai RM2 Juta Dalam Ops Khas Motosikal di LPT1

JPJ Sita 133 Kenderaan Bernilai RM2 Juta Dalam Ops Khas Motosikal di LPT1
Hazique Zairill
Januari 26, 2026

Operasi tujuh jam di laluan Gombak–Karak (LPT1) menyasarkan penunggang motosikal berkuasa tinggi susulan peningkatan kes kemalangan.

JPJ

Subscribe to our Instagram Channel for instant news & updates!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebanyak 133 buah kenderaan bernilai kira-kira RM2 juta dalam Ops Khas Motosikal yang dijalankan selama tujuh jam pada Ahad, 25 Januari lalu. Operasi ini dilaksanakan bagi menangani peningkatan kes kemalangan yang melibatkan motosikal, khususnya motosikal berkuasa tinggi.

Operasi berfokuskan penguatkuasaan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) laluan Gombak–Karak itu melibatkan 183 anggota JPJ daripada JPJ Ibu Pejabat serta JPJ Negeri Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Memetik laporan Kosmo, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata sepanjang operasi yang bermula seawal 6 pagi, sebanyak 1,203 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Menurut beliau, antara kesalahan tertinggi dikesan ialah tidak memiliki lesen memandu dengan 274 notis, diikuti tidak memperbaharui atau tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak 232 notis, serta tiada perlindungan insurans melibatkan 193 notis.

“Daripada jumlah kenderaan disita, 110 buah motosikal termasuk lapan motosikal berkuasa tinggi, 21 buah kereta termasuk enam kereta mewah, sebuah van serta sebuah lori,” katanya.

JPJ
PIX: facebook.com/@jabatanpengangkutanjalanmalaysia

Beliau turut mendedahkan satu kes melibatkan kereta mewah yang disita kerana bukan sahaja tidak mempunyai LKM dan perlindungan insurans, malah menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain.

“Bagi kes ini, JPJ mengambil dua tindakan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan kerana tiada LKM dan insurans, serta di bawah Seksyen 108 kerana memalsukan nombor pendaftaran, dengan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM20,000,” jelasnya pada sidang akhbar di Stesen Penguatkuasaan JPJ Karak.  

Datuk Muhammad Kifli menegaskan bahawa JPJ memandang serius trend pemandu yang menggunakan atau mempamerkan nombor pendaftaran palsu bagi mengelak tindakan penguatkuasaan.     

“Pelbagai motif dikenal pasti, namun yang paling ketara adalah untuk mengelak tindakan penguatkuasaan, terutamanya kamera AwAS (Automated Awareness Safety System),” katanya. 

JPJ menegaskan operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya serta meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna jalan raya. 

Related Items2026baruberitagenting highlandjpjKARAKLPT1malaysiasamansitaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Januari 26, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitagenting highlandjpjKARAKLPT1malaysiasamansitaUtama

More in Berita

Harley-Davidson Unveils Pan America 1250 at Rimba Raid 2024

Apa Rahsia Rider Motosikal Profesional?

Amzar HazeeqJanuari 26, 2026
Read More

AFAZ Kencana Sport 115 vs Modenas Kriss 110: Kapcai Harian, Dua Pendekatan Berbeza

Amzar HazeeqJanuari 23, 2026
Read More

Kenali Latar Belakang iMotorbike

Amzar HazeeqJanuari 22, 2026
Read More

Review Yamaha EZ115 2024: Ringkas, Lancar & Mesra Kegunaan Harian

Hazique ZairillJanuari 22, 2026
Read More

Kenapa Menunggang Dengan Tenang Menjadikan Anda Rider Yang Lebih Baik

Amzar HazeeqJanuari 21, 2026
Read More

Kenapa Kepenatan Mental Lebih Mempengaruhi Ride Daripada Kepenatan Fizikal

Amzar HazeeqJanuari 21, 2026
Read More

AFAZ Kencana Sport 115 Review: Kapcai Nasional Kedua

Hazique ZairillJanuari 20, 2026
Read More

Kenapa Motor 250cc Adalah Female Friendly

Amzar HazeeqJanuari 20, 2026
Read More

Sesi Pemilihan MotoMini Malaysia 2026 Berlangsung Meriah di Beranang

Hazique ZairillJanuari 19, 2026
Read More

Top 5 Motor Kapcai 2026 di Malaysia

Hazique ZairillJanuari 19, 2026
Read More

Cara Membonceng Motosikal Dengan Selamat

Amzar HazeeqJanuari 19, 2026
Read More

Panduan Lengkap Ambil Lesen Motosikal di Malaysia

Amzar HazeeqJanuari 19, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Motosikal Bajet Terbaik: Top 5 Pilihan Bawah RM7,000 di Malaysia
    BeritaJanuari 8, 2026
  • 6 Motor Terbaik di iMotorbike untuk Mereka yang Duduk Jauh dari Tempat Kerja
    BeritaJanuari 12, 2026
  • Motor Keluaran China: Berbaloi Beli Atau Baik Beli?
    BeritaJanuari 8, 2026
  • Motor “Underrated”: Model Yang Ramai Rider Terlepas Pandang
    BeritaJanuari 14, 2026
  • Top 5 Motor Kapcai 2026 di Malaysia
    BeritaJanuari 19, 2026
  • RON95 vs RON97: Adakah Jenis Petrol Benar-Benar Memberi Kesan Pada Motor Harian?
    BeritaJanuari 13, 2026
  • Kesan Jalan Rosak Terhadap Suspensi Motor
    BeritaJanuari 13, 2026
  • Harley-Davidson Unveils Pan America 1250 at Rimba Raid 2024
    Apa Rahsia Rider Motosikal Profesional?
    BeritaJanuari 26, 2026
  • JPJ Sita 133 Kenderaan Bernilai RM2 Juta Dalam Ops Khas Motosikal di LPT1
    BeritaJanuari 26, 2026
  • AFAZ Kencana Sport 115 vs Modenas Kriss 110: Kapcai Harian, Dua Pendekatan Berbeza
    BeritaJanuari 23, 2026
  • Kenali Latar Belakang iMotorbike
    BeritaJanuari 22, 2026
  • Review Yamaha EZ115 2024: Ringkas, Lancar & Mesra Kegunaan Harian
    BeritaJanuari 22, 2026
  • Kenapa Menunggang Dengan Tenang Menjadikan Anda Rider Yang Lebih Baik
    BeritaJanuari 21, 2026
  • Kenapa Kepenatan Mental Lebih Mempengaruhi Ride Daripada Kepenatan Fizikal
    BeritaJanuari 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

AFAZ Kencana Sport 115 vs Modenas Kriss 110: Kapcai Harian, Dua Pendekatan Berbeza
Apa Rahsia Rider Motosikal Profesional?
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat