• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

UPSI Serah Dua Unit Yamaha MT-15 kepada Polis Bantuan

UPSI Serah Dua Unit Yamaha MT-15 kepada Polis Bantuan
Hazique Zairill
November 11, 2025

Penyerahan dua motosikal Yamaha MT-15 kepada Polis Bantuan UPSI memperkukuh operasi rondaan dan kawalan keselamatan di kawasan kampus, memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat.

UPSI MT-15

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh tahap keselamatan kampus dengan menyerahkan dua buah motosikal Yamaha MT-15 kepada Polis Bantuan UPSI bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan operasi di seluruh kawasan universiti.

Majlis penyerahan tersebut berlangsung di Bangunan Canselori UPSI dan disempurnakan oleh Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman, yang menyerahkan kunci motosikal kepada ASP/PB Mohd Fairuz Mislan, mewakili Polis Bantuan UPSI.

Menurut Helmi Zaifura, penyerahan dua unit motosikal Yamaha MT-15 itu mencerminkan komitmen berterusan UPSI dalam mempertingkatkan keberkesanan kawalan keselamatan serta memastikan kampus kekal sebagai persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.

“Sokongan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam menyediakan suasana pembelajaran yang harmoni demi kesejahteraan seluruh warga UPSI,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan Polis Bantuan atas dedikasi dan profesionalisme mereka dalam menjaga keselamatan kampus. Malah, beliau sendiri turut mencuba menunggang motosikal tersebut bagi menilai prestasi dan keselesaan Yamaha MT-15 dalam konteks operasi keselamatan.

Sementara itu, ASP/PB Mohd Fairuz menyambut baik inisiatif ini dengan menyatakan bahawa penambahan aset baharu tersebut akan membantu meningkatkan kecekapan dan kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan rondaan serta kawalan trafik di kawasan universiti.

“Kami amat menghargai sokongan berterusan pihak universiti dalam memperkukuh kelengkapan dan keupayaan operasi keselamatan kampus,” ujarnya.

Majlis penyerahan turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Universiti, Saiduri Dolah, serta wakil-wakil pengurusan Pentadbiran UPSI.

Langkah ini sekali lagi membuktikan komitmen UPSI dalam memastikan standard keselamatan tertinggi sentiasa menjadi keutamaan, sejajar dengan aspirasi universiti untuk terus menerajui kecemerlangan dalam bidang pendidikan serta kebajikan warganya.

Related Items2025baruberitamalaysiaMT15Polis BantuanUPSIUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 11, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitamalaysiaMT15Polis BantuanUPSIUtamayamaha

More in Berita

Tips Balik Kampung Ride Motosikal: Panduan Penting Untuk Perjalanan Lebih Selamat

Hazique ZairillMac 12, 2026
Read More

JPJ Melancarkan Aplikasi JPJvBid Untuk Lelongan Kenderaan Rampasan

Hazique ZairillMac 11, 2026
Read More

JPJ Guna Dron Pantau Kesalahan Jalan Raya Sempena Ops Hari Raya Aidilfitri

Hazique ZairillMac 11, 2026
Read More

Rider Baru Wajib Baca: Kesilapan Paling Biasa & Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqMac 9, 2026
Read More

5 Kapcai Terbaik Untuk Bawa Pergi Bazaar Ramadan

Amzar HazeeqMac 9, 2026
Read More

Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia

Amzar HazeeqMac 9, 2026
Read More

5 Skuter Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya

Amzar HazeeqMac 5, 2026
Read More

Cub Prix: Voge Racing Team Sasar Cabar Podium 

Hazique ZairillMac 5, 2026
Read More

Perbezaan Lesen Motosikal B2 dan B Full: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

ABS vs Non-ABS: Perbezaan, Risiko dan Kelebihannya

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

Qabil Irfan Tamat Kemarau Podium Malaysia di Moto4 Asia Talent Cup 2026

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

Elektronik Ambil Alih Kawalan? Kebenaran Tentang Motosikal Moden

Amzar HazeeqFebruari 26, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia
    BeritaMac 9, 2026
  • 5 Bazar Ramadhan Best Pada Tahun 2026
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Perbezaan Lesen Motosikal B2 dan B Full: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?
    BeritaMac 3, 2026
  • Apa Perlu Ada Untuk Beli Motor di iMotorbike? 
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Apa Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal Anda?
    BeritaFebruari 19, 2026
  • Elektronik Ambil Alih Kawalan? Kebenaran Tentang Motosikal Moden
    BeritaFebruari 26, 2026
  • Kesan Jangka Panjang Menunggang Dalam Hujan Lebat Terhadap Motosikal Anda
    BeritaFebruari 25, 2026
  • Tips Balik Kampung Ride Motosikal: Panduan Penting Untuk Perjalanan Lebih Selamat
    BeritaMac 12, 2026
  • JPJ Melancarkan Aplikasi JPJvBid Untuk Lelongan Kenderaan Rampasan
    BeritaMac 11, 2026
  • JPJ Guna Dron Pantau Kesalahan Jalan Raya Sempena Ops Hari Raya Aidilfitri
    BeritaMac 11, 2026
  • Rider Baru Wajib Baca: Kesilapan Paling Biasa & Cara Mengatasinya
    BeritaMac 9, 2026
  • 5 Kapcai Terbaik Untuk Bawa Pergi Bazaar Ramadan
    BeritaMac 9, 2026
  • Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia
    BeritaMac 9, 2026
  • 5 Skuter Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya
    BeritaMac 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Motor Modenas Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
ZXMOTO Gegar EICMA 2025
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat