Tengah cari sportbike 600cc murah di Malaysia? Berikut ialah 6 pilihan terbaik yang berada di pasaran motor terpakai Malaysia sekarang lengkap dengan spesifikasi, sebab anda patut beli, serta harga pasaran terpakai terkini.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Bagi penggemar sportbike, sportbike 600cc sering menjadi pilihan utama. Ia menawarkan gabungan terbaik antara prestasi dan kawalan, tanpa perlu menanggung kos tinggi seperti superbike 1000cc. Dalam dunia permotoran Malaysia, kategori ini sangat popular kerana ia sesuai untuk penunggang berpengalaman mahupun mereka yang ingin upgrade daripada motosikal 250cc. Dengan bajet sekitar RM15,000 hingga RM40,000 di pasaran terpakai, anda boleh mendapatkan jentera yang mampu memecut laju, tampil bergaya, dan masih mudah untuk diselenggara.
Dalam artikel ini, kami senaraikan enam sportbike 600cc murah yang berbaloi dimiliki di Malaysia, lengkap dengan spesifikasi, mengapa ia menarik, dan anggaran harga semasa di pasaran terpakai.

1. 2013 Benelli TNT 600 – Kuasa 4 Silinder Dengan Harga Bajet
Benelli TNT 600 menawarkan pengalaman menunggang sportbike 600cc dengan gaya tersendiri. Dikuasakan oleh enjin 600cc 4-silinder DOHC penyejukan cecair yang menghasilkan sekitar 82hp dan 52Nm tork, model ini memberikan kuasa yang lancar dan responsif, cukup untuk kegunaan harian mahupun tunggangan hujung minggu.
Reka bentuknya sangat menarik perhatian dengan rangka trellis keluli dan suspensi hadapan jenis upside-down, menjadikannya stabil di selekoh. Bunyi deruman 4-silinder yang garang juga menjadi antara tarikan utama, memberikan karakter unik berbanding pesaing Jepun.
Dalam market motor terpakai Malaysia, Benelli TNT 600 tahun 2013 biasanya dijual sekitar RM11,000 hingga RM19,000. Harga juga bergantung jikalau motor tersebut dah convert menjadi rupa motosikal lain seperti BMW S1000RR atau Ducati Panigale. Ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan sportbike 600cc murah dengan prestasi dan gaya yang mengujakan tanpa membebankan bajet.

2. 2012 Suzuki GSX-R600 – Legenda 600cc Dari Suzuki
Suzuki GSX-R600 sentiasa menjadi antara nama besar dalam dunia sportbike. Model tahun 2012 ini menampilkan enjin 599cc 4-silinder yang mampu menghasilkan lebih 120hp, menjadikannya antara sportbike 600cc yang paling berkuasa dalam kelasnya. Beratnya cuma sekitar 187kg, menjadikan ia cukup ringan dan lincah untuk tunggangan harian mahupun di litar.
Reka bentuk aerodinamik serta keseimbangan casis menjadikan GSX-R600 sangat digemari oleh penggemar sukan permotoran. Ia menawarkan pengalaman menunggang yang agresif, tetapi masih cukup selesa untuk kegunaan jalan raya.
Untuk pasaran terpakai di Malaysia, Suzuki GSX-R600 boleh didapati bermula sekitar RM16,000 hingga RM34,000. Pastikan anda menyemak sejarah servis dan kondisi enjin sebelum membeli kerana banyak model ini digunakan untuk tujuan track bike.

3. 2008 Honda CBR600RR – Sportbike Klasik Yang Masih Hebat
Honda CBR600RR tahun 2008 masih kekal sebagai salah satu sportbike 600cc paling seimbang dari segi prestasi dan kebolehpercayaan. Dengan enjin 599cc 4-silinder penyejukan cecair dan nisbah mampatan 12.2:1, ia mampu menghasilkan lebih 115hp dan mampu mencapai sehingga hampir 15,000rpm.
Kekuatan utama CBR600RR ialah kejuruteraan Honda yang terkenal dengan ketahanan. Model ini sangat digemari oleh pelumba trek amatur kerana kestabilannya di selekoh dan kuasa yang mudah dikawal. Walaupun sudah berusia, reka bentuknya masih sporty dan tidak ditelan zaman.
Di Malaysia, harga market terpakai bagi CBR600RR 2008 bermula sekitar RM 25,000 hingga Rm 27,000, bergantung pada keadaan. Dengan reputasi jenama yang kukuh, ia kekal sebagai pilihan bijak bagi penunggang yang mahukan 600cc sportbike tanpa perlu risau tentang ketahanan jangka panjang.

4. 2013 Kawasaki ZX-6R 636 – Tambahan Kuasa, Keseronokan Tambahan
Kawasaki ZX-6R 636 menonjol kerana menawarkan kapasiti enjin yang besar sikit berbanding pesaingnya. Enjin 636cc ini menghasilkan kira-kira 131hp, menjadikannya lebih bertenaga terutama di rpm pertengahan. Reka bentuk agresif serta sistem kawalan cengkaman (KTRC) memberikan keyakinan tambahan kepada penunggang.
Bagi mereka yang mahukan gabungan kuasa dan kawalan, ZX-6R ialah antara pilihan terbaik dalam segmen pertengahan. Suspensi hadapan Showa Big Piston Fork dan doubldisc brakes membuatkan motosikal ini dapat dikawal di selekoh dengan baik.
Di pasaran terpakai Malaysia, model 2013 ZX-6R biasanya dijual dalam lingkungan RM35,000. Motosikal ini sesuai untuk rider berpengalaman yang mahukan prestasi lebih tinggi tanpa perlu ke kelas liter bike.

5. 2008 Yamaha YZF-R6 – Sportbike Ikonik Dengan Jiwa Perlumbaan
Yamaha R6 merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia sportbike. Bagi R6 model tahun 2008, ia menampilkan enjin 599cc 4-silinder berkuasa tinggi yang direka untuk rev hingga lebih 16,000rpm. Ia dikenali dengan karakter agresif serta prestasi tinggi yang menjadikannya kegemaran di litar.
Walaupun berusia hampir dua dekad, reka bentuk R6 masih tampak moden. Ia ringan, tajam, dan sangat responsif membuatkan ia sesuai untuk mereka yang mahukan pengalaman menunggang sebenar sebuah sportbike tulen.
Dalam pasaran terpakai Malaysia, Yamaha R6 2008 biasanya dijual antara RM31,000 hingga RM41,000 bergantung kepada kondisi. Jika anda mencari motosikal berprestasi tinggi dengan reputasi yang terbukti, R6 ialah pilihan yang sukar ditandingi dalam segmen 600cc.

6. 2015 Honda CBR650F – Pilihan Praktikal Dalam Dunia 600cc
Walaupun kapasitinya lebih sedikit, Honda CBR650F tetap termasuk dalam kategori sportbike pertengahan yang popular. Model 2015 ini dikuasakan oleh enjin 649cc 4-silinder dengan kuasa sekitar 85hp, menjadikannya lebih lembut dan mudah dikawal berbanding sportbike 600cc lain.
CBR650F direka sebagai motosikal harian yang masih mengekalkan gaya sport. Posisi tunggangan lebih tegak, menjadikannya sesuai untuk perjalanan jauh dan kegunaan bandar. Ia juga terkenal dengan kecekapan bahan api dan kos penyelenggaraan yang rendah.
Di pasaran terpakai Malaysia, CBR650F boleh didapati sekitar RM21,000 hingga RM26,000. Dengan gabungan gaya, keselesaan dan prestasi, ia sesuai untuk penunggang yang mahukan sportbike yang praktikal tetapi masih berkuasa.
Kesimpulan: Sportbike 600cc Murah Masih Berbaloi
Pasaran motosikal 600cc di Malaysia masih aktif, dengan banyak pilihan menarik bagi mereka yang mahu sportbike berkuasa tanpa membelanjakan terlalu banyak. Model seperti Yamaha R6 dan Honda CBR600RR menawarkan prestasi kelas perlumbaan, manakala Benelli TNT 600 dan CBR650F memberikan keseimbangan antara harga dan kegunaan harian.
Sama ada anda baru upgrade dari CC lebih kecil atau ingin mencari motosikal kedua, pilihan sportbike 600cc murah ini mampu memberikan pengalaman menunggang yang mengujakan tanpa mengorbankan bajet. Pastikan anda menyemak keadaan motosikal, sejarah servis, dan ketersediaan alat ganti sebelum membuat keputusan kerana dalam dunia sportbike, penyelenggaraan adalah kunci kepada prestasi jangka panjang.
Kalau anda nak mencari motosikal 600cc atau apa-apa jenis motor, kami mempunyai pelbagai jenis motosikal ready stock dan tersedia untuk anda miliki. Jika anda berminat untuk beli motor, jual motor, atau trade in motor lama anda, jemput datang ke cawangan iMotorbike berdekatan anda.


Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS