• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

6 Motorsikal Terbaik di iMotorbike Johor untuk Mereka yang Bekerja di Singapura

6 Motorsikal Terbaik di iMotorbike Johor untuk Mereka yang Bekerja di Singapura
Amzar Hazeeq
Oktober 13, 2025

Temui 6 motosikal terbaik di iMotorbike Johor untuk mereka yang bekerja di Singapura. Ketahui spesifikasi, kelebihan dan sebab setiap model sesuai untuk perjalanan harian rentas sempadan.

imotorbike johor

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Ramai rakyat Malaysia yang tinggal di Johor memilih untuk bekerja di Singapura. Ramai juga memilih untuk ride motosikal kerana ia lebih cepat, jimat dan mudah dikendalikan setiap hari. Namun, perjalanan rentas sempadan memerlukan motosikal yang kuat, tahan lasak dan selesa. Di iMotorbike Johor, ada banyak pilihan menarik. Tetapi enam model ini dianggap motosikal terbaik untuk mereka yang bekerja di Singapura.

imotorbike johor

Yamaha NVX 155 – Skuter Sporty dan Jimat Minyak

Yamaha NVX antara pilihan paling popular di kalangan penunggang harian. Ia dikuasakan enjin 155cc VVA yang menghasilkan 15.4 hp dan 13.9 Nm tork. Prestasinya lancar dan bertenaga buatkan skuter ni sesuai untuk menempuh kesesakan setiap pagi. Tangki minyak 5.5 liter pula membantu anda untuk jimat masa tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak. Ruang simpanan besar dan sistem brek ABS memberikan kemudahan tambahan. Yamaha NVX sememangnya skuter sporty yang sesuai untuk perjalanan harian ke Singapura kerana ia jimat, laju dan mudah dijaga.

imotorbike johor

Honda ADV 160 – Selesa dan Serba Boleh

Honda ADV 160 direka untuk mereka yang mahukan keselesaan maksimum. Skuter ini didatangkan dengan enjin 157cc eSP+ yang menghasilkan 15.8 hp dan 14.7 Nm tork. Posisi tunggangan yang tegak memberikan keselesaan semasa menempuh jalan jauh. Suspensi tinggi dan tayar dual-purpose pula buat skuter ini sesuai untuk pelbagai jenis permukaan jalan. Tangki minyak 8.1 liter menjadikannya praktikal untuk perjalanan jauh. ADV 160 juga ada windshield boleh laras dan port pengecas USB. Sebab itu, ramai menganggapnya pilihan paling sesuai untuk perjalanan ulang alik dari Johor ke Singapura setiap hari.

imotorbike johor

Yamaha MT-25 – Kuasa dan Gaya dalam Satu

Jika anda mahukan kuasa dan gaya, Yamaha MT-25 ialah pilihan terbaik. Motosikal ini menggunakan enjin 249cc dua silinder DOHC yang menghasilkan 35.5 hp dan 23.6 Nm tork. Motosikal ini menawarkan pecutan pantas, stabil dan menyeronokkan di lebuh raya. Reka bentuk ringan serta tangki minyak 14 liter menjadikannya mudah dikawal dan tahan lama untuk perjalanan jauh. Yamaha MT-25 bukan sekadar nampak garang, tapi ia juga sportbike naked yang sesuai untuk kegunaan harian ke Singapura.

imotorbike johor

KTM 250 DUKE – Kuasa Eropah untuk Penunggang Serius

KTM 250 DUKE terkenal dengan prestasi dan kawalan yang mantap. Motosikla ini didatangkan denan enjin 248.8cc satu silinder DOHC menghasilkan 30 hp dan 24 Nm tork. Suspensi WP dan casis ringan memberikan kestabilan luar biasa. Tangki minyak 13.4 liter pula cukup untuk perjalanan jauh tanpa perlu berhenti dengan kerap. Bagi mereka yang mahukan motosikal dengan rasa premium dan prestasi kukuh, KTM 250 DUKE ialah pilihan yang sukar ditandingi di kelasnya.

imotorbike johor

Zontes ZT350T-E – Skuter Besar dengan Teknologi Moden

Zontes ZT350T-E sesuai untuk penunggang yang mahukan keselesaan dan teknologi moden. Skuter ini menggunakan enjin 349cc dengan 36 hp dan 38 Nm tork menjadikannya antara skuter paling berkuasa dalam kelasnya. Sistem tanpa kunci, skrin TFT penuh warna dan windscreen elektrik menambah kemudahan semasa menunggang. Tambahan pula, tempat duduk luas dan ruang simpanan besar menjadikannya sesuai untuk membawa barangan kerja setiap hari. Zontes ZT350T-E ialah skuter ideal untuk mereka yang bekerja di Singapura dan mahukan tunggangan yang stabil serta selesa sepanjang minggu.

imotorbike johor

Yamaha XMAX – Skuter Premium untuk Rider Harian

Yamaha XMAX ialah skuter pilihan ramai rider di Johor yang berulang-alik ke Singapura. Ia menggunakan enjin 250cc Blue Core dengan 22.8 hp dan 24.3 Nm tork. Dilengkapi dengan sistem ABS, Traction Control dan Smart Key, ia menawarkan tahap keselamatan yang tinggi. Tangki minyak 13 liter dan ruang simpanan besar pula menambah keselesaan untuk perjalanan harian. Yamaha XMAX memberikan pengalaman menunggang premium dengan keselesaan maksimum yang buatkan skuter ini sesuai untuk perjalanan jauh yang lancar setiap pagi.

Kesimpulan: Pilihan Ideal di iMotorbike Johor

Setiap motosikal di dalam senarai ini mampu untuk tawarkan kelebihan tersendiri. Yamaha NVX dan Honda ADV 160 sesuai untuk mereka yang mahukan penjimatan dan keselesaan. Bagi penunggang yang sukakan kuasa, Yamaha MT-25 dan KTM 250 DUKE memberikan prestasi terbaik. Manakala Zontes ZT350T-E dan Yamaha XMAX menawarkan kemewahan serta teknologi moden.

Walau apa pun keperluan anda, semua motosikal di dalam senarai ini ready stock di iMotorbike Johor dan jikalau anda berminat untuk membeli motosikal untuk penggunaan harian anda ride ulang-alik dari Johor ke Singapura, iMotorbike Johor adalah tempatnya.

Related Items150cc250ccbaruberitaHondaimotorbikeimotorbike JohorJohorkapcaiktmskutersuperbikeUtamayamahaZontes
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Oktober 13, 2025
Amzar Hazeeq

Cars and motorcycles have always been more than just machines; for some people, it's their source of happiness.

Related Items150cc250ccbaruberitaHondaimotorbikeimotorbike JohorJohorkapcaiktmskutersuperbikeUtamayamahaZontes

More in Berita

Cara Claim Insurans Motosikal Tanpa Stress: Panduan Lengkap Untuk Rider

Amzar HazeeqDisember 4, 2025
Read More

Harga Insurans Motosikal: Panduan Lengkap Untuk Pemilik Motor

Amzar HazeeqDisember 4, 2025
Read More

PDRM: Motor Yang Dah Modify Untuk Redah Banjir Boleh Kena Sita

Amzar HazeeqDisember 1, 2025
Read More

Motor Asyik Semput? Ini Punca & Cara Atasinya Dengan Cepat

Amzar HazeeqDisember 1, 2025
Read More

RXZ 30 Tahun Masih ‘Laku Keras’, Lelong JPJ RM12,100! 

Hazique ZairillDisember 1, 2025
Read More

Tayar Motor Mana Yang Sesuai Dengan Cuaca Malaysia? Ini Panduan Lengkapnya

Amzar HazeeqNovember 28, 2025
Read More

Motor Second Hand Mana Yang Paling Reliable & Berbaloi? Ini 5 Model Pilihan Ramai

Amzar HazeeqNovember 28, 2025
Read More

Insurans Motor Third Party vs First Party: Mana Satu Lebih Baik Untuk Anda?

Amzar HazeeqNovember 26, 2025
Read More

Cara Jaga Tayar Motor: Tips Praktikal Untuk Setiap Rider

Amzar HazeeqNovember 26, 2025
Read More

Motosikal Elektrik Kini Tengah ‘Naik’: Tapi Betul Ke Dunia Dah Sedia?

Amzar HazeeqNovember 26, 2025
Read More
Yamaha MT-25 Price Specs & Review Malaysia

5 Insurans Motor Termurah di Malaysia – Pilihan Paling Berbaloi

Jay OoiNovember 25, 2025
Read More

Rectifier Motosikal: Komponen Kecil dengan Fungsi Besar Yang Ramai Tak Sedar

Amzar HazeeqNovember 25, 2025
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Yamaha MT-25 Price Specs & Review Malaysia
    5 Insurans Motor Termurah di Malaysia – Pilihan Paling Berbaloi
    BeritaNovember 25, 2025
  • Yamaha MT-25 Price Specs & Review Malaysia
    5 Insurans Motor Terbaik di Malaysia: Pilihan Teratas untuk Motor Anda
    BeritaNovember 23, 2025
  • Model Motor Bawah RM10,000 Yang Paling Berbaloi Tahun Ini
    BeritaNovember 20, 2025
  • 5 Motosikal Kegemaran Anak Muda Zaman Sekarang 
    BeritaNovember 20, 2025
  • Motor Second Hand Mana Yang Paling Reliable & Berbaloi? Ini 5 Model Pilihan Ramai
    BeritaNovember 28, 2025
  • Tiga Jenis Helmet Paling Popular: Apa Sebenarnya Perbezaannya?
    BeritaNovember 20, 2025
  • Yamaha XMAX 250 vs MODA Sporter-S: Perbandingan Penuh untuk Pembeli Malaysia
    BeritaNovember 24, 2025
  • Cara Claim Insurans Motosikal Tanpa Stress: Panduan Lengkap Untuk Rider
    BeritaDisember 4, 2025
  • Harga Insurans Motosikal: Panduan Lengkap Untuk Pemilik Motor
    BeritaDisember 4, 2025
  • PDRM: Motor Yang Dah Modify Untuk Redah Banjir Boleh Kena Sita
    BeritaDisember 1, 2025
  • Motor Asyik Semput? Ini Punca & Cara Atasinya Dengan Cepat
    BeritaDisember 1, 2025
  • RXZ 30 Tahun Masih ‘Laku Keras’, Lelong JPJ RM12,100! 
    BeritaDisember 1, 2025
  • Tayar Motor Mana Yang Sesuai Dengan Cuaca Malaysia? Ini Panduan Lengkapnya
    BeritaNovember 28, 2025
  • Motor Second Hand Mana Yang Paling Reliable & Berbaloi? Ini 5 Model Pilihan Ramai
    BeritaNovember 28, 2025
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Sprint Race MotoGP: Perlumbaan Pendek yang Bikin Degupan Jantung Laju!
6 Motor Terbaik untuk Orang Johor! – Pilihan Premium di iMotorbike
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat