• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Ride Sambil Cuci Mata: 4 Tempat Best Untuk Biker Jelajah Penang

Ride Sambil Cuci Mata: 4 Tempat Best Untuk Biker Jelajah Penang
Amzar Hazeeq
Oktober 6, 2025

Jom tengok tempat ride motor paling best di Penang! Dari Balik Pulau ke Bukit Genting, pengalaman jalan berbukit, pemandangan laut dan suasana kampung. Sertakan juga tip keselamatan dan masa terbaik untuk ride di Pulau Pinang.

Langgan saluran Telegram kami untuk berita dan info terkini!

Pulau Pinang bukan saja terkenal dengan makanan sedap dan suasana bersejarahnya, tetapi juga antara lokasi terbaik untuk ride motor di Malaysia. Sama ada anda menunggang kapcai, scooter, atau big bike, Penang menawarkan pelbagai laluan yang penuh dengan selekoh, pemandangan indah dan tempat lepak menarik untuk para rider. Dari jalan berbukit yang mencabar hingga ke suasana kampung yang tenang, inilah senarai tempat ride motor paling best di Penang untuk tahun 2025.

Tempat Best Untuk Biker Jelajah Penang

1. Balik Pulau – Ride Tenang Di Tengah Sawah dan Kebun Durian

Tiada pengalaman ride di Penang yang lengkap tanpa melalui jalan menuju Balik Pulau. Laluan melalui Jalan Tun Sardon atau Jalan Bukit Baru ini menjadi kegemaran ramai rider kerana selekohnya yang cantik dan pemandangan alam semula jadi yang memukau. Di kiri-kanan jalan, anda akan melihat sawah padi, kebun durian dan bukit hijau yang menenangkan.

Sampai di pekan Balik Pulau, jangan lupa singgah mencuba laksa Penang asli atau cendol kampung yang terkenal di sini. Suasananya santai dan jauh daripada kesibukan bandar, menjadikan ia lokasi ideal untuk short weekend ride.

Masa terbaik untuk ride: Waktu pagi antara jam 7.00 hingga 10.00 kerana udara masih sejuk dan trafik belum sibuk. Elakkan waktu tengah hari kerana jalan di kawasan bukit agak panas dan terdedah.

Tempat Best Untuk Biker Jelajah Penang

2. Bukit Genting – Laluan Curam dengan Pemandangan Menakjubkan

Kalau anda suka cabaran sedikit, teruskan ride ke Bukit Genting selepas Balik Pulau. Jalan ke sini agak sempit dan curam, tetapi selekoh dan pemandangan yang menanti di puncak memang berbaloi.

Di atas bukit terdapat restoran dengan pemandangan laut Selat Melaka dan kawasan sawah yang luas di bawah. Tempat ini popular dalam kalangan rider untuk lepak petang sambil tengok sunset. Nikmati kombinasi sempurna kopi panas, udara segar dan suasana damai ketika berehat selepas ride panjang.

Masa terbaik untuk ride: Waktu petang antara jam 5.00 hingga 7.00 untuk menikmati suasana matahari terbenam dan cuaca lebih nyaman.

Tempat Best Untuk Biker Jelajah Penang

3. Bukit Mertajam & Cherok Tok Kun – Ride Santai Di Tanah Besar

Bagi rider yang berada di tanah besar Pulau Pinang, kawasan Bukit Mertajam dan Cherok Tok Kun menawarkan laluan kampung yang mendamaikan. Jalan berliku lembut melalui kebun getah dan ladang kelapa sawit menjadikannya lokasi ideal untuk ride pagi atau petang.

Ramai rider suka berhenti di Cherok Tok Kun Forest Park untuk menikmati suasana hutan dan udara segar. Dari situ, anda boleh sambung ride ke arah Kulim atau Guar Perahu untuk laluan lebih panjang dan mencabar.

Masa terbaik untuk ride: Waktu pagi sekitar jam 7.00 hingga 9.30, ketika suasana masih tenang dan bayu pagi menyejukkan perjalanan.

Tempat Best Untuk Biker Jelajah Penang

4. George Town – Nikmati Keunikan Bandar Lama Penang

Jika anda lebih suka ride santai dan bergambar, kawasan George Town adalah destinasi wajib. Dengan bangunan kolonial, mural seni jalanan, dan aroma kopi tempatan, setiap lorong di sini membawa pengalaman tersendiri.

Cuba ride perlahan di sekitar Lebuh Armenian, Lebuh Pantai, dan Pasar Chowrasta pada pagi Ahad. Pada waktu ini trafik ringan dan pencahayaan sangat sesuai untuk fotografi motor. Nikmati kopi di kafe hipster sambil tengok suasana klasik George Town yang penuh karakter.

Masa terbaik untuk ride: Pagi hujung minggu sebelum jam 9.00, apabila jalan masih lengang dan kedai-kedai baru dibuka.

Tip Keselamatan Untuk Ride di Penang

Walaupun Penang menawarkan laluan yang indah dan menyeronokkan, keselamatan sentiasa keutamaan utama bagi setiap penunggang. Berikut beberapa panduan penting yang wajar diingati setiap kali anda ride di Pulau Pinang:

  1. Pastikan motor anda dalam keadaan baik sebelum ride. Pastikan tayar, brek dan minyak enjin motorsikal telah diperiksa, terutamanya jika melalui kawasan berbukit seperti Balik Pulau atau Bukit Genting.
  2. Sentiasa gunakan helmet dan jaket dengan pelindung kerana jalan bukit boleh menjadi licin terutamanya selepas hujan.
  3. Elakkan memotong secara melulu di laluan sempit, terutama di jalan dua lorong yang sering digunakan oleh kenderaan besar.
  4. Jika ride dalam kumpulan, pastikan ada jarak selamat antara setiap motor dan gunakan isyarat tangan yang jelas.
  5. Akhir sekali, sentiasa patuhi had laju dan hormati pengguna jalan lain, terutamanya di kawasan kampung dan bandar lama seperti George Town.

Kesimpulan: Penang, Syurga Kecil Untuk Rider

Dari jalan berbukit di Balik Pulau hingga ke panorama laut di Bukit Genting, Pulau Pinang memang menawarkan pelbagai laluan dan destinasi menarik untuk rider motor. Setiap kawasan mempunyai keunikannya yang tersendiri sama ada anda mencari cabaran selekoh, pemandangan tenang, atau sekadar tempat lepak santai. Tidak kira jenis motor yang anda tunggang, satu perkara sudah pasti, ride di Penang akan sentiasa membuatkan anda jatuh cinta dengan jalan, angin dan suasananya.

Anda ingin ride motorsikal ke tempat-tempat yang telah dinyatakan, tetapi anda tidak mempunyai motor? Datang lah ke iMotorbike Penang jikalau ingin survey motor untuk anda gunakan dalam pengembaraan Penang anda. Terdapat banyak motorsikal ready stock yang tersedia untuk anda miliki dan sesuai untuk dijadikan motorsikal pengembaraan Penang anda. Jika berminat, datang lah ke iMotorbike Penang untuk membuat pilihan motor. Terjamin anda tidak akan menyesal.

Related ItemsbaruberitamalaysiamotosikalpenangrideskuterUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Oktober 6, 2025
Amzar Hazeeq

Cars and motorcycles have always been more than just machines; for some people, it's their source of happiness.

Related ItemsbaruberitamalaysiamotosikalpenangrideskuterUtama

More in Berita

Kenapa Motosikal MotoGP Sangat Mahal?

Amzar HazeeqFebruari 6, 2026
Read More

Ride-by-Wire: Kelebihan & Isu Penyelenggaraan

Amzar HazeeqFebruari 3, 2026
Read More

Rider Harian vs Rider Touring: Kesan Berbeza Terhadap Motor

Amzar HazeeqJanuari 30, 2026
Read More

Kalendar Malaysian Cub Prix 2026 Diumum

Hazique ZairillJanuari 29, 2026
Read More

Risiko Jangka Panjang Guna Ekzos Aftermarket

Amzar HazeeqJanuari 29, 2026
Read More

Cara Salah Tukar Gear Boleh Makan Gearbox Motor Anda

Amzar HazeeqJanuari 29, 2026
Read More

ECU & Tuning Motor: Prestasi Bertambah, Tapi Apa Risiko Jangka Panjangnya?

Amzar HazeeqJanuari 28, 2026
Read More

JPJ Negeri Sembilan Kutip RM187,100 Menerusi Lelongan 100 Kenderaan Sitaan

Hazique ZairillJanuari 28, 2026
Read More

Suzuki Minat Sertai Segmen 350–500cc

Hazique ZairillJanuari 28, 2026
Read More

Afaz Kencana Sport 115 vs Yamaha EZ115: Dua Kapcai 115cc, Dua Pendekatan Berbeza

Amzar HazeeqJanuari 28, 2026
Read More

Masalah Quickshifter Yang Jarang Dibincangkan Oleh Rider

Amzar HazeeqJanuari 28, 2026
Read More

Tabiat Menunggang Yang Perlahan-Lahan Merosakkan Motor

Amzar HazeeqJanuari 28, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 6 Motor Terbaik di iMotorbike untuk Mereka yang Duduk Jauh dari Tempat Kerja
    BeritaJanuari 12, 2026
  • Motor “Underrated”: Model Yang Ramai Rider Terlepas Pandang
    BeritaJanuari 14, 2026
  • Top 5 Motor Kapcai 2026 di Malaysia
    BeritaJanuari 19, 2026
  • Risiko Jangka Panjang Guna Ekzos Aftermarket
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Cara Salah Tukar Gear Boleh Makan Gearbox Motor Anda
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Rider Harian vs Rider Touring: Kesan Berbeza Terhadap Motor
    BeritaJanuari 30, 2026
  • RON95 vs RON97: Adakah Jenis Petrol Benar-Benar Memberi Kesan Pada Motor Harian?
    BeritaJanuari 13, 2026
  • Kenapa Motosikal MotoGP Sangat Mahal?
    BeritaFebruari 6, 2026
  • Ride-by-Wire: Kelebihan & Isu Penyelenggaraan
    BeritaFebruari 3, 2026
  • Rider Harian vs Rider Touring: Kesan Berbeza Terhadap Motor
    BeritaJanuari 30, 2026
  • Kalendar Malaysian Cub Prix 2026 Diumum
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Risiko Jangka Panjang Guna Ekzos Aftermarket
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Cara Salah Tukar Gear Boleh Makan Gearbox Motor Anda
    BeritaJanuari 29, 2026
  • ECU & Tuning Motor: Prestasi Bertambah, Tapi Apa Risiko Jangka Panjangnya?
    BeritaJanuari 28, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 Motor 250cc Terbaik & Termurah di Malaysia – Sesuai Untuk Rider Baru!
6 Helmet Motorsikal Terbaik Untuk Kegunaan Harian & Ride Jauh
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat