Suzuki Hayabusa baharu bersedia untuk tampil dengan peningkatan besar bagi memenuhi peraturan pelepasan yang semakin ketat.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Dalam usaha memastikan legasi Hayabusa berterusan dalam era peraturan pelepasan yang semakin ketat, Suzuki telah pun memfailkan paten baharu. Paten baharu ini menyaksikan Suzuki Hayabusa menampilkan sistem ‘variable valve timing’ (VVT) baharu.
Jualan Hayabusa telah pun terhenti di beberapa pasaran global sekitar tahun 2018. Pada tahun 2021, kilang Hamamatsu mengambil usaha dengan memperkenalkan generasi terbaru pada tahun 2021. Model baharu ini didatangkan dengan enjin yang lebih bersih dan reka bentuk berbeza. Bagaimanapun, dalam usaha untuk memenuhi piawaian pelepasan terkini, model 2021 didatangkan dengan kuasa yang lebih rendah berbanding generasi sebelumnya.
Enggan mengulangi senario yang sama, Suzuki memutuskan Hayabusa seterusnya akan dinaik taraf dengan sistem VVT. Peningkatan ini bukan sahaja meningkatkan kuasa tetapi juga menawarkan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan dan pelepasan yang lebih rendah.
Sistem VVT serupa dengan teknologi yang kini terdapat pada motosikal dan kereta. Ia berfungsi dengan melambatkan masa ‘intake cam’ pada kelajuan rendah sambil mengurangkan bilangan injap yang bertindih.
Untuk rekod, injap bertindih berguna untuk mengisi silinder dengan salur baru pada RPM tinggi. Tetapi pada RPM rendah, senario itu menyebabkan campuran yang tidak terbakar memasuki ekzos dan mencemarkan penukar pemangkin. Keadaan itu boleh menjejaskan kecekapan bahan api dan meningkatkan pelepasan.
Pelaksanaan sistem VVT baharu ini akan berfungsi untuk menghalang pengharaman Hayabusa. Ini terutama berlaku di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat kerana pengenalan peraturan pelepasan yang lebih ketat dalam masa terdekat.
Pada masa ini, penjualan GSX-R1000, GSX-R750 dan GSX-R600 telah pun diharamkan kerana gagal memenuhi sasaran pelepasan Euro 5.
Sistem VVT pada Hayabusa membolehkan model itu kekal relevan untuk pasaran global hari ini. Ia juga memastikan enjin empat silinder 1,340cc itu kekal menghasilkan output tinggi setanding dengan namanya.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS