MODENAS TELAH MENDEDAHKAN DOMINAR 400 ADVENTURE DENGAN CIRI-CIRI YANG MENJADIKAN IA SEBUAH SPORTS TOURER YANG LEBIH DIPERTINGKATKAN.
Langgan kepada Telegram kami untuk kemas kini segera!
Modenas akhirnya telah memperkenalkan versi Dominar 400 ‘Adventure’ untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM15,797.
Dominar 400 Adventure ini merupakan varian kedua selepas versi standard yang kini boleh didapati di Malaysia. Model ini didatangkan dengan aksesori tambahan untuk meningkatkan lagi keupayaannya sebagai jentera ‘sports-tourer’.
MENURUT MODENAS, TERDAPAT TUJUH KOMPONEN ‘TOURING’ KESELURUHANNYA. INI TERMASUK ‘HANDLEGUARD’, PENGHALANG ANGIN TINGGI, ‘RADIATOR GUARD’, ALUMINIUM BASH PLATE, TELEFON MOUNT, USB PORT DAN ‘LUGGAGE RACK’ DI BELAKANG YANG JUGA DILENGKAPI DENGAN SANDARAN.
Namun, spesifikasi utama lain masih sama seperti versi standard Dominar 400 seperti enjin. Motosikal ini menampilkan enjin satu silinder DOHC 373.3cc yang menawarkan 39.4hp dan 35Nm. Dominar 400 ini didatangkan dengan tangki 13L, ABS dwi saluran dan panel meter digital LCD.
Ciri lain yang ditawarkan termasuk angkup brek ByBre, fork USD, brek cakera hadapan tunggal dan lampu LED penuh di hadapan dan belakang.
Untuk rekod, aksesori ‘touring’ pada Dominar 400 Adventure tidak tersedia secara berasingan.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS