JENAMA FESYEN ITALI MEWAH TERKEMUKA GUCCI AKAN LANCAR BARISAN FESYEN BAHARU BERSAMA MOTOGUZZI DAN PALACE.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Jenama fesyen Itali mewah terkemuka, Gucci akan melancarkan barisan fesyen baharu dengan kerjasama Moto Guzzi dan fesyen pakaian jalan, Palace. Kerjasama unik itu akan menyaksikan penggabungan mewah, pakaian jalan dan motosikal dalam cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Dengan Dior memulakan gembar-gemburnya dengan Vespa yang mendapat sambutan baik, Gucci pula ingin menonjolkan dirinya dalam dunia dua roda dengan bantuan Palace.
Pasangan itu akan mengeluarkan hanya 50 motosikal kolaboratif Moto Guzzi V7.
Kerjasama ini akan menyaksikan beberapa item ditawarkan, tetapi yang paling menarik perhatian ialah Moto Guzzi V7, yang telah menarik tumpuan ramai.
Bahagian yang paling menarik dalam kerjasama itu boleh dilihat pada pelana motosikal. Tempat duduk Moto Guzzi didatangkan dengan kemasan monogram Gucci manakala bahagian tangki didatangkan dengan corak ‘camo’ yang memaparkan tulisan Palace.
Bahagian sisi tangki turut menampilkan logo Palace dan Gucci di sebelah kiri manakala bahagian kanan memaparkan lencana Moto Guzzi dalam warna emas.
Lencana Gucci juga kelihatan di sebelah kiri dan kanan fork depan, menonjolkan ciri premium motosikal.
Selain itu, Moto Guzzi V7 x Gucci x Palace ini turut dilengkapi dengan ‘saddlebag’ daripada Gucci yang turut memaparkan monogram jenama tersebut.
Buat masa ini tiada harga rasmi didedahkan tetapi Gucci akan membuat pengumuman sebaik sahaja ia mula dijual hari ini.
Untuk rekod, Moto Guzzi V7 ini dikuasakan oleh enjin dua silinder 850cc yang menawarkan 65hp dan 73Nm.
Bagi mereka yang berminat anda mungkin perlu membuat pesanan dalam talian.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS