KAWASAKI INDONESIA TELAH MENAMPILKAN NINJA ZX-25R SERBA BARU DAN TIGA VARIANNYA.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Walaupun ramai menjangkakan ketibaan Ninja ZX-4R, Kawasaki Indonesia mengejutkan ramai dengan memperkenalkan generasi baharu Ninja ZX-25R.
Kawasaki memperkenalkan ZX-25RR sebagai varian ‘flagship’ terbarunya bagi model 4-silinder 250cc untuk 2023.
Untuk rekod, Kawasaki Indonesia memperkenalkan tiga varian secara keseluruhan, termasuk Ninja ZX-25R (Standard), Ninja ZX-25R ABS SE dan Ninja ZX-25RR.
NAMUN, RAMAI YANG TELAH MENGALIH FOKUS KEPADA VARIAN TERATAS, ZX-25RR KALI INI. IA MENAMPILKAN SKRIN TFT YANG BARU MENGGANTIKAN PAPARAN ANALOG DAN DIGITAL PADA MODEL SEBELUM.
Penambahan skrin TFT juga menyaksikan Ninja ZX-25RR menawarkan fungsi ‘lap timer’ seperti yang terdapat pada ZX-10R. Skrin TFT juga boleh disambungkan ke telefon pintar melalui aplikasi Kawasaki Rideology.
Selain itu, Kawasaki Ninja ZX-25RR turut didatangkan dengan Showa Separate Function Fork-Big Piston 37mm dan monoshock belakang BFRC boleh laras yang turut diinspirasikan daripada ZX-10R. Namun, ciri tersebut tidak didapati pada varian Standard dan ABS SE yang masih dilengkapi dengan sistem suspensi yang sama seperti model sebelumnya.
Ketiga-tiga varian juga telah dinaik taraf dengan lampu isyarat jenis LED.
Ciri ‘quickshifter’ juga dikekalkan untuk varian ABS SE dan kini dibawa ke varian ZX-25RR. Walau bagaimanapun, fungsi itu tidak tersedia pada varian Standard.
BUKAN ITU SAHAJA, SISTEM EKZOS JUGA TELAH DIPERBAIKI DAN KINI MENCAPAI TARAF EURO 4.
Namun begitu, Kawasaki Ninja ZX-25RR masih dikuasakan oleh enjin 249.8cc empat silinder DOHC 16 injap dengan penyejukan cecair yang mampu menghasilkan 51hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm.
Menurut Kawasaki Indonesia, versi Standard tersedia dalam warna hitam sahaja manakala varian ABS SE didatangkan dalam dua warna, Candy Persimmon Red dan Metallic Matt Graphite Steel Grey.
Sementara itu, varian teratas, Kawasaki Ninja ZX-25RR hadir dalam warna Lime Green yang menawarkan liveri Kawasaki Racing Team (KRT).
Memandangkan Kawasaki Malaysia melalui pengedar baharunya, MODENAS, mengumumkan ZX-25R akan memasuki pasaran negara pada 2023, kami berharap model tersebut turut menyertai varian ZX-25RR terbaru ini.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS