SEBANYAK TUJUH EPISOD BARU TELAH DIUMUMKAN UNTUK PERDANA DUNIA DUCATI, BERMULA PADA 2 SEPTEMBER 2022 SEHINGGA 7 NOVEMBER, BERAKHIR SEHARI SEBELUM EICMA 2022 YANG BERMULA PADA 8 NOVEMBER DI MILAN.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Ducati akan memperkenalkan tujuh model baharu selepas mendedahkan ia akan menayangkan tujuh episod sempena Ducati World Premier 2023.
Menurut Ducati, kesemua tujuh episod itu akan berlangsung dalam tempoh tiga bulan bermula dengan episod pertama pada 2 September sebelum berakhir pada 7 November 2022, sehari sebelum pameran motosikal EICMA di Milan pada 8 November 2022.
Berikut ialah tujuh episod sempena DWP 2023:
- Episod 1—The Unexpected (2 September)
- Episod 2—Ready for More? (15 September)
- Episod 3—Unlock Earth (29 September)
- Episod 4—This is Racing (7 Oktober)
- Episod 5—Push Forward (20 Oktober)
- Episod 6—Dare to be Bold (28 Oktober)
- Episod 7—Next Gen Freedom (7 November)
Berbanding dengan DWP sebelum ini yang hadir dengan tajuk yang mudah dihuraikan, memberi gambaran model yang bakal dilancarkan, kali ini Ducati mengambil langkah berbeza dengan menggunakan tajuk umum.
Walau bagaimanapun, episod 4 “This Is Racing” hampir pasti merujuk kepada model Panigale terbaharu manakala episod akhir, “Next Gen Freedom” mungkin merujuk kepada Multistrada V4 generasi terkini.
Walaupun Ducati bakal mendedahkan tujuh model baharu secara maya seperti edisi sebelum ini, Ducati sudah mengesahkan ia akan kembali ke EICMA.
Ini bermakna, jenama motosikal Itali itu berkemungkinan besar akan membuat kejutan besar di Milan selepas menamatkan kesemua tujuh episod DWP 2023.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS