APRILIA TELAH MELANCARKAN SEGMEN MAXI-SCOOTER MIDDLEWEIGHT TERBARU DAN POPULAR DI ASIA DENGAN SR MAX 250 HPE BARU.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Jenama motosikal Itali, Aprilia, telah pun memperkenalkan skuter maxi SR MAX 250 HPE di China. HPE merujuk kepada Edisi Berprestasi Tinggi yang pada masa yang sama memfokuskan pada peningkatan prestasi enjin.
Berdasarkan info yang dikongsikan, SR MAX 250 HPE ini dijana oleh enjin satu silinder 244cc 4-lejang dengan penyejukan cecair yang menjana 25hp dan 21.6Nm.
Skuter maxi ini juga mengekalkan beberapa elemen daripada model yang lebih besar, SR MAX 300 yang telah dilancarkan beberapa tahun lalu.
Antara ciri menarik lain yang ditawarkan ialah penggunaan lampu LED depan dan belakang, cermin depan lebar dan tinggi, tempat duduk lebar dan skrin TFT 7 inci. Skuter ini turut menawarkan fungsi kawalan cengkaman dan dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport.
Kawalan brek dikendalikan oleh cakera brek depan 260mm dan belakang 240mm dengan bantuan ABS dwi-saluran.
Menurut laporan di China, jualan semasa Aprilia SR MAX 250 HPE hanya untuk pasaran China tetapi berkemungkinan juga akan dipasarkan di negara Asia pada masa depan seperti yang berlaku pada skuter SR GT 125 dan SR GT 200.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS