• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Teknologi bantuan motosikal Honda meningkatkan lagi keselamatan penunggang

Teknologi bantuan motosikal Honda meningkatkan lagi keselamatan penunggang
Brendan Jeremiah
Jun 24, 2022

TEKNOLOGI TERKINI HONDA MENDAKWA MOTOSIKALNYA MAMPU MEMBERI AMARAN KEPADA PENUNGGANGNYA UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN.

Honda Motorcycle

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Tindakan Honda mendaftarkan paten untuk teknologi bantuan penunggang motosikal, baru-baru ini menunjukkan syarikat itu sedang berusaha untuk melakukan lonjakan besar dalam teknologi yang baru diperkenalkan pada 2017.

Teknologi itu membolehkan motosikal mengambil alih beberapa aspek kawalan motosikal, sama ada memberi peluang kepada penunggang berehat atau mengelak kemalangan. Sama seperti Honda Sensing dalam kereta, teknologi ini menggunakan kamera, radar dan LIDAR (pengesanan cahaya dan jarak berasaskan laser) dengan kawalan automatik.

Lima tahun lalu, Honda mengejutkan dunia permotoran apabila ia menunjukkan teknologi bantuan penunggang melalui motosikal konsep yang boleh mengimbangi dan bergerak pada kelajuan rendah secara autonomi.

PATEN TERKINI MENUNJUKKAN TEKNOLOGI ITU TELAH BERKEMBANG SEHINGGA MAMPU MENGAMBIL ALIH ASPEK KAWALAN MANUSIA ATAS JENTERA DUA RODA.

Teknologi ini menggabungkan kamera, radar dan LIDAR bersama-sama dengan satu siri kawalan automatik, termasuk throttle, brek dan stereng yang dipantau oleh modul komputer.

Di samping itu, terdapat sensor biasa untuk kelajuan, pecutan dan brek serta GPS terbina dalam dan peranti komunikasi (telefon dengan sambungan selular, Wi-Fi dan Bluetooth) serta sistem jarak dekat yang membolehkan motosikal berkomunikasi dengan kenderaan lain yang berdekatan.

Sistem stereng menggunakan tetapan sensor tork ‘magnetostrictive’ yang sama seperti prototaip stereng bantuan Yamaha, memantau input penunggang dan memberikan bantuan apabila diperlukan.

Kamera menghadap penunggang dan sensor tekanan pada tempat duduk, genggaman bar dan pasak kaki menentukan pengagihan berat dan kedudukan duduk penunggang. Ini juga memantau kedudukan pembonceng yang turut menjejaskan keseimbangan motosikal.

SECARA KESELURUHAN, TEKNOLOGI ITU AKAN MEMBERIKAN MOTOSIKAL TAHAP KEUPAYAAN SEPARA AUTONOMI YANG SAMA SEPERTI KERETA PREMIUM. MALAH, HONDA MEMPUNYAI SESUATU YANG SERUPA DALAM BEBERAPA KERETA JENAMA ITU MELALUI TEKNOLOGI HONDA SENSING.

Ciri-ciri seperti kawalan cruise adaptif (ACC), bantuan laluan kekal (LKAS) serta penukaran lorong automatik (ALC) dan lorong kereta berkelajuan rendah (LSP) untuk memotong kenderaan perlahan secara automatik, menjadi satu realiti dengan teknologi ini.

Motosikal LKAS lebih rumit berbanding dengan kereta. Bukan seperti sistem pemanduan kereta yang meletakkan kenderaan di tengah lorong, keupayaan untuk menukar kedudukan di lorong bergantung kepada syarat untuk versi dua roda.

Sebagai contoh, apabila menunggang dalam kumpulan, sistem menggunakan corak berperingkat dengan menjarakkan motosikal berbanding motosikal di hadapan, bertujuan untuk memaksimumkan penglihatan dan meningkatkan keupayaan melakukan brek.

Semasa memasuki selekoh, sistem mengukur kelebaran lorong yang membolehkan kenderaan bergerak lebih laju apabila dikesan menghampiri dari belakang, mengarahkan jentera bergerak ke tepi lorong dan membiarkan kenderaan dari belakang lalu.

Namun, sama seperti Honda Sensing di dalam kereta, penunggang masih mempunyai kuasa untuk menentukan kawalan keseluruhan dan teknologi akan diaktifkan apabila diperlukan.

Memandangkan teknologi ini adalah projek jangka panjang, jangan harap boleh membeli motosikal yang mempunyai teknologi ini.

telegram follow banner
Related ItemsHondapatenteknologiUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Jun 24, 2022
Brendan Jeremiah

Related ItemsHondapatenteknologiUtama

More in Berita

6 Superbike 1000cc Murah yang Masih Berbaloi Dimiliki di Malaysia

Amzar HazeeqNovember 4, 2025
Read More

5 Motor BMW Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 3, 2025
Read More

5 Motor Benelli Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 3, 2025
Read More

5 Motor Suzuki Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 3, 2025
Read More

6 Motor Cruiser Terbaik di Malaysia: Gaya, Kuasa dan Keselesaan di Jalan Raya

Amzar HazeeqNovember 3, 2025
Read More

6 Tayar Motor Touring Terbaik Untuk Perjalanan Jauh Yang Selesa dan Selamat

Amzar HazeeqNovember 3, 2025
Read More

5 Motor Kawasaki Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqOktober 28, 2025
Read More

5 Motor Yamaha Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqOktober 28, 2025
Read More

5 Motor Honda Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqOktober 28, 2025
Read More

6 Motor Sesuai untuk Orang Berbadan Besar di Malaysia 2025

Amzar HazeeqOktober 27, 2025
Read More

Yamaha MT-15 vs Yamaha FZ150i: Dua Naked Bike yang Serupa Tapi Tidak Sama

Amzar HazeeqOktober 23, 2025
Read More

Gaya Klasik, Jiwa Moden: 5 Motor Cafe Racer Paling ‘Cool’ di iMotorbike

Amzar HazeeqOktober 23, 2025
Read More
We want to buy your bike Join us on Telegram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 6 Motor Touring Murah Terbaik di Malaysia 2025
    BeritaOktober 16, 2025
  • 6 Sportbike 600cc Murah di Malaysia: Pilihan Terbaik Untuk Kaki Laju Berbajet
    BeritaOktober 21, 2025
  • 5 Baju Hujan Motosikal Terbaik di Malaysia 2025: Tahan Lasak, Selesa & Bergaya di Jalan Raya
    BeritaOktober 17, 2025
  • SYM VF3i 185 vs SYM VFE 185i – Siapa Raja Sebenar Kapcai 185cc Malaysia?
    BeritaOktober 9, 2025
  • 4 Motor Touring 500cc Terbaik untuk Pengembaraan Jauh di Malaysia
    BeritaOktober 14, 2025
  • Honda CBR150R vs Yamaha R15 – Dua Sportbike 150cc yang Nampak Sama Tapi Tak Serupa!
    BeritaOktober 9, 2025
  • Pengembaraan Menanti: 6 Motosikal Adventure Terbaik di Malaysia 2025
    BeritaOktober 15, 2025
  • 6 Superbike 1000cc Murah yang Masih Berbaloi Dimiliki di Malaysia
    BeritaNovember 4, 2025
  • 5 Motor BMW Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaNovember 3, 2025
  • 5 Motor Benelli Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaNovember 3, 2025
  • 5 Motor Suzuki Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaNovember 3, 2025
  • 6 Motor Cruiser Terbaik di Malaysia: Gaya, Kuasa dan Keselesaan di Jalan Raya
    BeritaNovember 3, 2025
  • 6 Tayar Motor Touring Terbaik Untuk Perjalanan Jauh Yang Selesa dan Selamat
    BeritaNovember 3, 2025
  • 5 Motor Kawasaki Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaOktober 28, 2025
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Suzuki Let’s Basket – beli-belah dengan lebih selesa
Yamaha X Force dilancar di Jepun dengan ABS dan kawalan traction
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat