KHAS BAGI PEMINAT MOTOSIKAL EKSTREM DALAM SEGMEN MOTOCROSS DI PASARAN TEMPATAN, WMOTO MALAYSIA SECARA RASMINYA TELAH MELANCAR MODEL BAHARU IAITU WMOTO SX2-300 2022.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
MForce Bike Holdings, yang merupakan pengedar tunggal jenama WMoto di Malaysia telah pun melancarkan WMoto SX2 300 untuk pasaran tempatan.
Ditawarkan pada harga RM18,888, motosikal jenis ‘motocross’ itu sebelum ini menjadi pilihan Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai aset Ops Benteng, tahun lalu.
Menurut info, WMoto SX2 300 dikuasakan oleh enjin satu silinder 4-lejang 292.4cc dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan api serta dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Sesuai untuk kegunaan harian dan aktiviti extreme, WMoto SX2 300 turut didatangkan dengan tangki 11L, serta tayar depan 19 inci dan belakang 17 inci.
Seperti motosikal lain dalam kelasnya, SX2 300 dilengkapi dengan garpu depan jenis USD, tayar dwiguna, tempat duduk gaya supermoto, pengawal tangan, beak hadapan yang panjang dan skrin paparan digital LCD.
Model ini turut didatangkan dengan port pengecas USB dan ciri keselamatan terkini termasuk ABS.
Menurut MForce, setiap pembelian WMoto SX2 300 disertakan dengan waranti selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana terdahulu).
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS