SKUTER WMOTO ES250i MENAMPILKAN ENJIN SILINDER TUNGGAL SOCH 4-INJAP DAN DIDATANGKAN DENGAN TANDA HARGA RM13,888.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
MForce Bike Holdings telah memperkenalkan satu lagi tawaran baharu bagi 2022 kali ini menerusi WMoto ES250i.
Bersaing dalam segmen skuter maxi 250cc di Malaysia, skuter dengan enjin silinder tunggal SOHC 4-injap satu silinder 244.3cc itu ditawarkan pada harga RM13,888.
Walaupun ia ditawarkan pada harga yang berpatutan, skuter ini didatangkan dengan beberapa ciri-ciri premium termasuk fork depan teleskopik boleh laras KYB, penyerap hentak berkembar KYB boleh laras, ABS dwi saluran dan cakera brek depan dan belakang 240mm.
Ia juga dilengkapi dengan lampu LED dengan fungsi DRL (lampu nyalaan siang hari), sistem Smartkey (tanpa kunci) dan paparan digital LCD + analog.
Menurut sumber, WMoto ES250i ini menawarkan 21hp @8,500rpm dan 21Nm @6,500rpm. Reka bentuk kompak skuter 250cc ini turut menyaksikan ES250i seberat 147 kilogram sahaja.
ES250i dilengkapi dengan tangki 12L yang turut menjamin jentera ini sesuai sebagai motosikal kegunaan harian dengan MForce mendakwa mampu mencapai jarak gerak 280km dengan kelajuan 100km/j.
Setiap pembelian WMoto ES250i didatangkan dengan jaminan 2 tahun atau 20,000km (mana-mana terdahulu).
Terdapat tiga warna yang ditawarkan iaitu Fiery Red, Midnight Blue dan Slate Grey.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS