PETRONAS SUDAH SIAP SEDIA UNTUK MENJADI PENAJA UTAMA BAGI GP MALAYSIA.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengumumkan bahawa Malaysia akan kembali ke kalendar MotoGP mulai musim ini selepas rehat dua tahun akibat pandemik Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman turut mendedahkan kontrak penganjuran MotoGP juga telah dilanjutkan sehingga 2024 dengan perbincangan dilanjutkan sehingga 2026 dengan Dorna Sports.
Pada masa yang sama, SIC turut mengumumkan Petronas sebagai penaja utama (title sponsor) GP Malaysia kali ini yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober 2022.
Petronas akan menggantikan Shell Malaysia untuk gelaran itu, kerana Shell telah menjadi penaja utama GP Malaysia selama beberapa tahun.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz, turut meluahkan keterujaannya untuk memeriahkan GP Malaysia kali ini.
“Petronas amat berbangga menjadi penaja utama GP Malaysia yang dianggap sebagai acara sukan utama di Malaysia dan rantau Asia.
“Sebagai penaja utama, ia memberi peluang kepada Petronas untuk berhubung dengan peminat sukan ini serta menonjolkan jenama dan produk Petronas.
“Lebih penting lagi, perkongsian strategik dengan Dorna Sports dijangka akan menyuntik semula pelancongan sukan di Malaysia untuk bangkit daripada wabak ini,” jelasnya.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS