NANTIKAN GSX-RR 2022 SUZUKI ECSTAR BAHARU BULAN DEPAN!
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Suzuki Ecstar akan merasmikan pasukan MotoGP bagi musim 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Februari ini.
Pelancaran akan berlangsung pada jam 5 petang di SIC. Pelumba Joan Mir dan Alex Rins akan memperkenalkan jentera GSX-RR 2022.
Pelancaran pasukan Suzuki untuk musim 2022 juga akan berlangsung pada tarikh yang sama dengan pasukan kilang Yamaha.
Musim 2022 bakal menjadi tahun yang sukar buat pasukan kerana selepas Mir muncul juara dunia pada 2020, pasukan itu bukan sahaja gagal mengulangi kejayaan itu malah tidak mampu menempatkan diri dalam kalangan pesaing utama kejuaraan itu.
Enjin GSX-RR mempamerkan prestasi yang konsisten dan tidak menghadapi masalah teknikal. Bagaimanapun, aspek kuasa masih ketinggalan jika dibandingkan dengan YZR-M1 dan Ducati GP21 musim lalu.
Selain pelancaran pasukan baharu dan livery jentera GSX-RR, sesi ujian rasmi pada 5 hingga 6 Februari ini juga akan menentukan tahap kemampuan jentera Suzuki menjelang musim 2022.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS