TRIUMPH TIGER 1200 ADALAH SALAH SATU JENTERA YANG DINANTI-NANTIKAN SEJAK PELANCARAN GLOBALNYA DECEMBER LEPAS.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Ramai yang tertanya-tanya bila model baharu Triumph akan tiba di Malaysia. Jawapannya, Triumph Tiger 1200 akan tiba sekitar suku kedua tahun ini. Ini datang selepas Triumph Motorcycles Malaysia mendedahkan berita ini.
Pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Fast Bike Sdn Bhd (sebagai pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia) sering membawa masuk model baharu dalam tempoh singkat dari tarikh pelancaran global.
Berita baik itu juga memberi masa yang cukup kepada peminat Triumph di Malaysia untuk berjimat sementara menunggu ketibaan model baharu itu.
Pembangunan Tiger 1200 tertumpu kepada penghasilan jentera ‘adventure-touring’ yang lebih ringan dan berkuasa serta menyuntik spesifikasi bertaraf dunia. Hasilnya, Triumph berjaya mengurangkan berat sehingga 25 kilogram berbanding model sebelum dan 17kg lebih ringan berbanding pesaing lain.
NADI PEMBANGUNAN TIGER 1200 IALAH ENJIN DENGAN ‘T-PLANE CRANK’ BAHARU YANG SEBELUM INI DIPERKENALKAN PADA VARIAN TIGER 900. ‘CRANK T-PLANE’ MEMBOLEHKAN ENJIN MENGHASILKAN ‘REV’ YANG LEBIH CEKAP DAN BERTENAGA PADA RPM RENDAH DAN TINGGI.
Enjin 1160cc kini menghasilkan 147hp @9,000rpm dan 130Nm @7,000rpm – naik 8.5hp dan 8Nm berbanding generasi sebelum.
Untuk 2022, Tiger 1200 kini hadir dengan varian GT dan Rally serta versi Explorer yang didatangkan dengan tangki 30L dan menawarkan ciri elektronik tambahan.
Tiger 1200 GT dan GT Pro didatangkan dengan suspensi Showa elektronik separa aktif sebagai tambahan kepada tayar depan 19-inci dan belakang 18-inci manakala Rally dan Rally Pro dilengkapi dengan tayar depan 21″ dan 18″ belakang dengan rim jenis jejari wayar.
Sementara itu, Tiger 1200 Explorer lengkap dengan ciri keselamatan jenis ‘blind spot detection system’ seperti yang terdapat pada Ducati Multistrada V4, KTM 1290 Super Adventure S dan BMW R 1250 RT.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS