• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Spek dan ketibaan Benelli Leoncino 800 2021 diumumkan

Spek dan ketibaan Benelli Leoncino 800 2021 diumumkan
Brendan Jeremiah
November 13, 2020

BENELLI MENGUMUMKAN SPESIFIKASI DAN KETERSEDIAAN BENELLI LEONCINO 800.

2021 Benelli Leoncino 800

Benelli Leoncino 800 2021

Hampir setahun lalu, Benelli menampilkan barisan Leoncino 800 serba baru di EICMA 2019. Dua varian Leoncino 800 dipaparkan di acara tersebut iaitu, Benelli Leoncino 800 dan Leoncino 800 Trail Scrambler. Tahun ini, Benelli mendedahkan spesifikasi rasmi dan perincian pelancaran untuk Benelli Leoncino 800 2021 baru hari ini.

BENELLI LEONCINO 800 2021

REKA BENTUK


Sebagai model flagship barisan Benelli Leoncino, Leoncino 800 mengikuti gaya tulen Benelli sambil mengekalkan keseimbangan penampilan klasik serta modern. Walaupun komponen seperti lampu depan LED, lampu belakang, tangki 15L kelihatan hampir seiras dengan motosikal kecil Leoncino, Leoncino 800 lebih besar mendapat beberapa sentuhan reka bentuk unik untuk memberinya penampilan berotot.

Leoncino mendapat roda aloi aluminium tubeless 17 inci di depan dan belakang. Untuk tayar, 120/70-17 dan 180/55-17 membalut sekitar roda aloi 17 inci.

ENJIN

Untuk enjin, Leoncino 800 memaparkan enjin selari kembar, sejukkan cecair 754cc dengan pematuhan Euro 5. Dipadankan pada kotak gear 6-kelajuan, Benelli Leoncino 800 menjana 76.2 hp @ 9,000 rpm dan tork puncak 68 Nm @ 6,500 rpm.

4 injap DOHC setiap silinder dengan diameter 43mm dan kotak gear 6-kelajuan bersama klac jenis assist dan slipper melengkapkan salah satu powerplant Benelli paling maju.

KERANGKA DAN SUSPENSI

Benelli Leoncino 800 menampilkan kerangka trellis tubular dengan plat keluli. Benelli kata ia telah direka dengan sempurna untuk mengintegrasikannya kepada reka bentuk keseluruhan motosikal sambil memastikan kelincahan dan pengendalian maksimum bagi sesiapa yang menunggang.

Untuk suspensi, Leoncino 800 mendapat fork terbalik Marzocchi 50mm dengan pelarasan rebound compression dan spring preload dan jarak gerak 130mm. Di belakang, ia memaparkan swingarm mounted mono-shock dengan pelarasan spring preload dan brek hidarulik rebound.


Dua cakera separa terapung 320mm dengan kaliper monoblock radial empat omboh di depan dan kaliper dua omboh 260mm dengan cakera 250mm di belakang mengendalikan pengereman. Selain itu, ABS adalah asas.

KETERSEDIAAN DAN HARGA BENELLI LEONCINO 800

Selepas EICMA 2019, Benelli pada awalnya mengumumkan bahawa Leoncino 800 akan tersedia di peringkat antarabangsa pada pertengahan 2020. Namun, dengan pandemik COVID-19, ia ditangguh.

Namun, awal hari ini Benelli secara rasmi mengumumkan bahawa Benelli Leoncino 800 2021 yang dinanti-nantikan akan tersedia di pengedar mulai musim bunga 2021. Perincian harga dan pasaran tepat yang akan mendapatkan Leoncino 800 belum diumumkan tetapi kami fikir Benelli akan mengemas kini butiran ini sebelum 2020 berakhir.


Dalam kes Leoncino 800 Trail Scrambler, kami fikir ia akan mengikuti Leoncino 800 asas.

Sumber: Benelli

Related ItemsbarubenelliBenelli LeoncinoBenelli Leoncino 800benelli leoncino 800 2021beritaspekUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 13, 2020
Brendan Jeremiah

Related ItemsbarubenelliBenelli LeoncinoBenelli Leoncino 800benelli leoncino 800 2021beritaspekUtama

More in Berita

Hujan Berpanjangan Bataskan Ujian Hakim Danish Di Portugal

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Jentera MotoGP Aleix Espargaró Bakal Dilelong di UK

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More

Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Naik Kapcai, Pakai Helmet Fullface — Kenapa Tidak?

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More

Bagaimana Perkhidmatan Rescue Motosikal Mengangkut Motor Dengan Selamat

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Bagaimana Pasukan MotoGP Memilih Tayar Perlumbaan

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Top 5 Motor Artis Malaysia: Bila Selebriti & Jentera Jadi Lambang Personaliti

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More

JDT Racing Team Sah Ganding Hafizh Syahrin & Andi Gilang Untuk ARRC 2026

Hazique ZairillFebruari 10, 2026
Read More

Bagaimana Pasukan MotoGP Menyediakan Motosikal Sepanjang Malam

Amzar HazeeqFebruari 10, 2026
Read More

Perbezaan Antara Jentera MotoGP dan Superbike Produksi

Amzar HazeeqFebruari 9, 2026
Read More

Kenapa Motosikal MotoGP Sangat Mahal?

Amzar HazeeqFebruari 6, 2026
Read More

Ride-by-Wire: Kelebihan & Isu Penyelenggaraan

Amzar HazeeqFebruari 3, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Motor “Underrated”: Model Yang Ramai Rider Terlepas Pandang
    BeritaJanuari 14, 2026
  • Top 5 Motor Kapcai 2026 di Malaysia
    BeritaJanuari 19, 2026
  • Risiko Jangka Panjang Guna Ekzos Aftermarket
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Cara Salah Tukar Gear Boleh Makan Gearbox Motor Anda
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Rider Harian vs Rider Touring: Kesan Berbeza Terhadap Motor
    BeritaJanuari 30, 2026
  • Afaz Kencana Sport 115 vs Yamaha EZ115: Dua Kapcai 115cc, Dua Pendekatan Berbeza
    BeritaJanuari 28, 2026
  • AFAZ Kencana Sport 115 Review: Kapcai Nasional Kedua
    BeritaJanuari 20, 2026
  • Hujan Berpanjangan Bataskan Ujian Hakim Danish Di Portugal
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Jentera MotoGP Aleix Espargaró Bakal Dilelong di UK
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Naik Kapcai, Pakai Helmet Fullface — Kenapa Tidak?
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Bagaimana Perkhidmatan Rescue Motosikal Mengangkut Motor Dengan Selamat
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Bagaimana Pasukan MotoGP Memilih Tayar Perlumbaan
    Gaya HidupFebruari 11, 2026
  • Top 5 Motor Artis Malaysia: Bila Selebriti & Jentera Jadi Lambang Personaliti
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

BMW Motorrad memaparkan skuter elektrik konsep, Definition CE 04
Konsep NMoto’s “Golden Age” berdasarkan BMW C400X didedahkan
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat