OLEH SEBAB WABAK COVID-19 YANG BERTERUSAN, TOKYO MOTORCYCLE SHOW ASSOCIATION MENGUMUMKAN PEMBATALAN TOKYO MOTORCYCLE SHOW KE-48 YANG TELAH DIJADUALKAN BAGI TAHUN DEPAN 2021.
Awal bulan Mac, Tokyo Motorcycle Show ke-47 dibatalkan oleh sebab wabak COVID-19 yang berterusan. Manakala, pembatalan Tokyo Motorcycle Show tidak menghalang beberapa pengeluar daripada memperkenalkan produk-produk baru mereka. Contohnya, Honda Virtual Motorcycle Show yang berlangsung pada 27 Mac 2020. Selain itu, beberapa jenama lain yang menghasil motosikal, bahagian dan aksesori aftermarket juga mula acara dan pelancaran maya untuk mendedahkan produk terkini mereka.
Baru-baru ini Tokyo Motorcycle Show Association mengumumkan pembatalan Tokyo Motorcycle Show (2021) ke-48. Oleh sebab masih tiada tanda bahawa jangkitan telah menurun dan juga mustahil untuk meramalkan risiko masa depan; pihak penganjur memutuskan untuk menangguhkan acara tersebut untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pengunjung dan peserta pameran.
Seperti yang kita semua ketahui, pengeluar akan mencari cara untuk memperkenalkan produk baru mereka melalui rancangan maya dan pelancaran atas talian.
Pihak penganjur ini merancang untuk mengadakan acara berikutnya pada tahun 2022. Walaubagaimanapun, sama ada acara itu akan berlangsung atau tidak akan bergantung pada wabak COVID-19.
Sumber: Young Machine
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS