PEMILIK MODENAS YANG INGIN PENJIMATAN BESAR BAGI KOS PENYELENGGARAAN MOTOSIKAL MEREKA KINI BOLEH NIKMATI FAEDAH TERSEBUT MELALUI PAKEJ SERVIS MODENAS PRIHATIN.
MODENAS mengumumkan Pakej Servis MODENAS Prihatin bagi pelanggannya sempena Hari Raya yang bakal menjelma dan para pemilik kini boleh menikmati penjimatan. Pakej ini menawarkan diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih, caj buruh dan banyak lagi. Tawaran ini akan terdapat di pusat-pusat servis MODENAS terpilih di seluruh negara dari 18 May – 31 Julai 2020.
Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata kesemua pemilik kapcai, skuter, ‘street bike’ dan ‘touring bike’ MODENAS akan dapat menikmati faedah yang maksima pada harga yang sangat mampu milik di bawah Pakej Servis MODENAS Prihatin ini.
“Walaupun kita tidak akan merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman pada Hari Raya nanti, itu tidak bermaksud kita tidak perlu menjaga dan menyelenggara motosikal kita. Sebagai penghargaan kepada para pelanggan kami dan sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, Pakej Servis MODENAS Prihatin disediakan dengan menawarkan nilai yang hebat kepada para pelanggan yang ingin memastikan jentera mereka sentiasa berada dalam keadaan tunggangan yang optimum,” kata Roslan.
APA YANG ADA DALAM PAKEJ SERVIS MODENAS PRIHATIN?
Salah satu yang istimewa adalah pemotongan harga sehingga 20% untuk alat-alat ganti terpilih seperti penapis minyak, minyak enjin, alas brek, palam pencucuh dan banyak lagi. Para pelanggan Pakej Servis MODENAS Prihatin juga akan menerima perkhidmatan percuma seperti pemeriksaan untuk 16 perkara dan pengimbasan ECU untuk semua model yang berkenaan.
Model-model yang diliputi dibawah pakej ini adalah Modenas Dominar D400, Modenas Pulsar NS200 dan RS200 serta Modenas V15. Turut termasuk adalah Modenas Downtown 250, Modenas Elegan 250, Modenas Karisma 125 dan pelbagai varian model Modenas Kriss – Kriss MR1, Kriss MR2 dan Kriss 110.
PUSAT-PUSAT SERVIS MODENAS
- Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
- Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
- Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
- Pusat Servis MODENAS Kuanta, Pahang
- Pusat Servis MODENAS Johor Bahru, Johor
- Hari Operasi : Enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu)
- Waktu Operasi : 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat) 8.30 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu)
Sila ambil perhatian: Pusat-pusat servis yang sah akan tetap melayani pelanggan hanya dengan temu janj untuk memastikan protokol jarak sosial COVID-19 dipatuhi. Para pelanggan MODENAS boleh membuat temu janji secara dalam talian melaluihttp://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis. Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135 atau menghubungi pusat servis untuk maklumat lanjut.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS