HONDA CBR600F JUGA DIKENALI SEBAGAI HURRICANE ADALAH SPORTBIKE PERTAMA HONDA YANG DATANG FULLY-FAIRED. GENERASI PERTAMA CBR600F AMAT PENTING KEPADA PEMBANGUNAN PASARAN “CROTCH-ROCKET” SELURUH DUNIA.
Honda CBR600F adalah sebahagian dari siri Honda CBR empat-sebaris 600cc. Adakah anda tahu model pertama, CBR600F dijual dari 1987 hingga 1990 adalah sportbike fully-faired empat-sebaris pertama Honda. Model ini juga dikenali sebagai Hurricane di Amerika Syarikat.
HONDA CBR600F 1987
CBR600F, diperkenalkan dengan abang besar, CBR1000F pada 1987 mengubah cara sportbike direka dan dibina. Sportbike fully-faired pertama Honda, CBR600F mengagumkan ramai dan menukar permainan kelas middleweight.
CASIS
Para jurutera di Honda meliputi motosikal dengan plastik kulit dari enjin hingga casis. Casis dan enjin yang tertutup di dalam kerja badan memberi motosikal gaya industri. Selain daripada penambahbaikan aerodinamik, dengan mengguna kulit plastik Honda dapat mengurangkan kos untuk mencantikkan perkakasan yang tersembunyi di bawah kerja badan. Ini memberi mereka ruang untuk berbelanja pada komponen-komponen prestasi yang penting. Juga dengan mengguna fairing selain dari besi berat untuk mencantikkan kerja badan, berat motosikal dapat dikurangkan.
Hasilnya Honda Hurricane datang dengan rangka double-downtube box-section steel-tube. Walaupun casis kelihatan ringkas, CBR600F amat tangkas dan stabil. Motosikal ini mempunyai berat basah 450.0 paun/ 190.5 kg. Ini adalah hampur 20 paun/ 9kg ringan berbanding dengan saingan. Adakah anda tahu generasi pertama CBR600F juga dikenali sebagai “Jelly Mould” kerana motosikal ini mengguna fairing sepenuhnya?
ENJIN
Enjin motosikal ini juga memainkan peranan penting. Ia mempunyai enjin sejukkan cecair empat silinder empat-baris twin-cam 600cc. Menurut beberapa sumber, hampir separuh head casting dan sillinder adalah dari Honda VF500F yang menjadikan CBR lebih murah untuk dihasil.
Enjin CBR600F mempunyai ligatan tinggi dengan garis merah pada 12,000 rpm. Enjin oversquare mempunyai diameter silinder yang lebih besar dari lejangnya (nisbah bore/stroke lebih besar dari 1:1) yang memberi ligatan lebih tinggi. Enjin ini menjana 85hp pada 11,000 rpm yang menjadikan CBR600F motosikal pertama untuk meliputi satu suku batu bawah 11 saat!
Ergonomi CBR600F sebenarnya membuktikan penunggang yang mengesan pengendalian tajam tidak perlu menyakiti semua orang. Rangka seimbang dan enjin yang kuat menyediakan pengendalian dan kebolehpercayaan yang luar biasa pada harga yang berpatutan. Walaupun terdapat banyak model dan variasi siri CBR, sifat keseluruhan motosikal dan warisannya menjadikan CBR600 sebagai salah satu sportbike paling dijual di seluruh dunia.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS