HONDA CBR1000RR-R FIREBLADE DAN KERETA ELEKTRIK HONDA E MENANG ANUGERAH REKA BENTUK PRODUK DALAM SALAH SATU ANUGERAH PALING DIHORMATI DI DUNIA, ANUGERAH RED DOT.
Pertama diumum pada EICMA 2019, Honda CBR1000RR-R Fireblade adalah model flagship teratas siri CBR. Rekaan dan pembangunan motosikal ini berlaku dengan konsep “Total control for the track” dalam minda. Pembangunan serta reka bentuk enjin mengguna teknologi dari RC213V MotoGP yang masih memenangi kejohanan dunia. Ia juga merupakan enjin paling berkuasa untuk CBR.
Untuk memastikan prestasi yang unggul, rangka motosikal meningkat kestabilan semasa brek dan pecutan. Tambahan pua, sistem elektronik maju meningkatkan lagi potensinya. Ingin tahu dengan lebih mengenai CBR1000RR-R Fireblade SP? Baca semua tentangnya di sini!
Kerja badan motosikal ini dari fairing hingga sayap berasaskan MotoGP memberi pekali drag teratas 0.270. Kerja badan juga meningkatkan downforce dan kestabilan.
Dipelopori pada 1955, Red Dot Awards telah menjadi salah satu anugerah reka bentuk berprestij di dunia.
49 kategori produk perindustrian dihakimi dalam sembilan kriteria termasuk tahap inovasi, fungsi, ketahanan, dan ergonomik. Reka bentuk luar biasa mendapat tiga anugerah, “Red Dot: Best of the Best”, “Red Dot” dan “Honourable Mention”. ‘Red Dot: Best of the Best” adalah anugerah paling berprestij.
Honda CBR1000RR-R Fireblade SP memenangi anugerah Red Dot dalam kategori motosikal oleh sebab pendekatan reka bentuk inovatif oleh Honda R&D dan HRC. Memimpin kepada pembangunan berfungsi melalui penerokaan prestasi tinggi. Juga satu bentuk radikal untuk mencapai fungsi tanpa batas bukan sahaja pada jalan raya tetapi atas litar juga!
BERCAKAP TENTANG ANUGERAH INI, SEPERTI DIPETIK OLEH VISORDOWN, PENGURUS BESAR MOTORCYCLE DESIGN DIVISION, SATOSHI KAWAWA KATA:
“CBR1000RR-R Fireblade SP dibangunkan untuk menang perlumbaan dalam semua kategori – dari perlumbaan kelab ke pertandingan antarabangsa. Reka bentuk dan gayanya diketuai oleh falsafah – semua bahagian dan segala ciri direka dengan kelajuan, prestasi dan kecekapan aerodinamik dalam minda. Kami rasa terhormat bahawa ia telah diiktiraf dengan anugerah berprestij itu.”
Selain dari Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, kereta elektrik Honda E menang “Best of the best car design” dan “smart product”!
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS