MENURUT SUMBER, BIMOTA TESI H2 SEDANG MEMASUKI PERINGKAT AKHIR UJI PROTOTAIP. UNTUK PASARAN ITALI, PENGHANTARAN AKAN MULA PADA JUNE DENGAN HARGA €62,000.
Bimota Tesi H2 pertama diumumkan di EICMA Milan 2019 dan ia telah viral sejak itu. Selain itu, Kawasaki juga mengumumkan pemilikan 49% firma Itali tersebut. Menurut beberapa sumber-sumber, motosikal ini sedang diuji di jalan raya seawal Disember 2019. Tambahan pula, pada media sosial, Bimota sudah berkongsi gambar-gambar motosikal yang lengkap dan prototaip ketiga yang sedang menjalani peringkat akhir ujian.
Menurut sumber-sumber, tanda harga jentera ini adalah €62,000 (RM278,500). Bimonta akan mula penghantaran tiba June 2020.
CIRI-CIRI
Bimota Tesi H2 2020 memapar enjin supercaj empat sebaris 998cc yang menghasil 228Hp pada 11,500rpm. Ia adalah enjin sama dari Kawasaki Ninja H2, namun dalam kes Ninja H2, ia menjana 231Hp sebagai standard dan 243Hp dengan ram air. Selain daripada enjin, kotak gear pada Tesi H2 juga dari Ninja H2. Menurut khabar angin, motosikal ini dihadkan ke 299kph tetapi ia mampu mencapai 320kph.
Komponen lain yang dikongsi adalah instrumen kluster TFT dan cermin.
Seperti biasa, Tesi H2 memapar swingarm depan tandatangan Bimota. Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana motosikal ini pusing, motosikal ini mempunyai sistem stereng Hub-center yang mengintegrasikan fungsi stereng dan suspensi. Ia bukan sekadar hiasan, swingarm ini sebenarnya praktikal. Oleh kerana swingarm itu di depan, kekuatan brek dan pergerakan suspensi diasingkan. Ini menjadikan motosikal ini lebih tangkas apabila memasuki sudut tajam serta mengurangkan peralihan berat semasa brek.
Namun untuk bahagian belakang terdapat dua penyerap hentak Ohlins yang boleh dilaras secara elektronik. Bagi brek pula, motosikal ini memapar brek Brembo dan ia juga datang dengan kawalan traction dan ABS.
Walaupun motosikal ini kelihatan besar, berat hanya 214Kg, 24kg lebih ringan daripada H2. Ini adalah kerana kegunaan gentian karbon dan elemen-elemen aluminium sekitar rangka dan kerja badan motosikal.
Walaupun model ini terhad, kami tidak boleh tunggu untuk lihat Tesi H2 di pasaran dalam beberapa bulan lagi.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS