JIKA ANDA TIDAK PERNAH DENGAR TENTANG SWAG EV, HENTI APA YANG ANDA SEDANG BUAT DAN LIHAT MOTOSIKAL INI!
Swag EV atau Supreme Wagon Automotive Group Electric Vehicle, baru dilancar di Thailand. Ia adalah penghasil motosikal mesra alam dengan reka bentuk moden. Motosikal Swag EV memaparkan batteri boleh ditanggal yang boleh dipasang pada mana-mana soket elektrik. Ia adalah satu product yang sangat mudah disesuaikan. Ia mengambil kira-kira dua hingga tiga jam untuk cas penuh motosikal ini. Selepas cas penuh ia mempunyai jarak gerak sebanyak 90 kilometer.
Buat masa ini, terdapat dua model Swag EV di Bangkok. Type S mempunyai tanda harga 62,900 Baht manakala Type X adalah 65,000. Kedua-dua motosikal ini datang dengan brushless hub-motor 2000W yang dibangun oleh Bosch. Batteri 60-volt 26 AH motosikal elektrik ini adalah produk dari Samsung.
SWAG EV BERASAL DARI SALAH SATU NEGARA ASIA TENGGARA, THAILAND. IDEA JENAMA INI SEPERTI JENAMA LAIN. IA INGIN MENYUMBANG KEPADA MOD PERJALANAN YANG LEBIH BIJAK DAN BERSIH.
Thailand mempunyai penggunaan motosikal terbanyak di dunia. Sebanyak 90 peratus keluarga mempunyai sekurang-kurangnya satu motosikal. Terdapat sebanyak 20 juta motosikal yang didaftar. Dalam bandar sibuk seperti Bangkok, berulang-alik dengan motosikal adalah mod pengangkutan paling menjimat kos. Oleh sebab kekurangan alternatif bagi motosikal berkuasa petrol, motosikal masih menyumbang kepada pencemaran udara.
“Kami bukan pengeluar motosikal biasa. Fokus utama kami adalah teknologi IoT dan kolaborasi penjenamaan kreatif dengan pereka dan orang-orang terkenal. Kami percaya bahawa industri EV semakin berkembang dengan pesat di Asia Selatan. Dan kami ingin meletakkan diri kita sebagai salah satu pemain yang paling penting,” kata Janson Chen, Pengarah Eksekutif Swag EV seperti dipetik dari Thailand Tatler.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS