MENURUT KHABAR ANGIN, BERAT DUCATI PROJECT 1708 / DUCATI PANIGALE V4 SUPERLEGGERA HANYA 152 KGS DAN MEMPUNYAI KOS $100,000.
Menurut khabar angin, Ducati Project 1708 adalah versi maju flagship Ducati Panigale V4 ataupun Ducati Project 1708 mungkin adalah Ducati Panigale V4 Superleggera baru. Jika demikian, motosikal ini akan menjadi model terhad sebelum Ducati menyegarkan platform superbike mereka.
Secara keseluruhan dari lembaran spek dan gambar-gambar di internet, nampaknya Ducati sedang memajukan teknologi superbike mereka ke motosikal MotoGP mereka. Motosikal ini akan dikeluarkan pada April 2020 dan penghantaran akan mula Mei 2020 menurut khabar angin.
GAMBAR AND LEMBARAN SPEK YANG BOCOR
Menurut Drive Mag, beberapa pelanggan berpotensi telah dapat pratonton projek ini dari CEO Ducati, Claudio Domenicali. Bagi lembaran spek pula, ia dibocorkan melalui Facebook.
GAMBAR INTIP DARI TAHUN LEPAS
Ride Apart juga telah lihat jentera uji Ducati Panigale V4 Superleggera pada Oktober tahun lepas. Perbandingan antara gambar-gambar bocor dan spesifikasi Projek 1708 dengan gambar intip mendedahkan bahawa pembangunan Project 1708/V4 Superleggera telah berlaku agak lama sekarang.
SPESIFIKASI
Spesifikasi bagi Project 1708/ Ducati Panigale V4 Superleggera menurut gambar-gambar bocor dan lembaran spek:
- Motosikal ini mempunyai berat hanya 152kg. Ini semua disebabkan oleh badan karbon fiber ringan dan rangka karbon fiber sepenuhnya. Selain itu, enjin Desmosedici Stradale R ringan juga memainkan peranan penting. Terdapat banyak bahagian lain ringan di sekeliling motosikal juga.
- Motosikal ini mempamerkan livery Desmosedici GP19 dan datang dengan tayar lumbar Pirelli sebagai standard.
- Sayap biplane dari GP16 pada motosikal menjana downforce 110lb/50 @ 167.7mph/270km/j. Angka ini 67% lebih berbanding dengan V4R dan GP19.
- Menurut lembaran spek, Project 1708 datang dengan enjin Desmosedici Stradale R paling kuat yang menjana 224hp @ 15,250rpm dan 85.3 ft.lb/11.8kgm tork @ 11,750 rpm.
- Bagi brek, caliper Brembo Stylema R pada Project 1708 memapar omboh dengan radiator dengan salutan omboh baru untuk perlumbaan trek lama. Sistem brek juga mempunyai silinder MCS master dengan adjuster remote.
- Dari segi suspensi, Ohlins TTX36 dengan spring titanium dan injap GP untuk meningkatkan penyerapan hentak.
Motosikal ini kelihatan seperti raksasa yang berorientasikan trek. Adakah ini jawapan Ducati bagi Aprilia RSV4 X?
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS