SELEPAS EDISI KHAS, MV AGUSTA MENGUMUMKAN PENGELUARAN BESAR SUPERVELOCE 800 DAN SUPERVELOCE 800 SERIE ORO. KEDUA-DUA MOTOSIKAL INI AKAN DIDEDAHKAN SEMASA EICMA 2019.
Selepas sedia selama setahun sebagai model edisi khas, Superveloce 800 akan sedia di pengedar MV Agusta mulai tahun 2020. Pengilang Itali mengumumkan ketibaan versi standard yang juga sedia sebagai model 2020.
Semua maklumat mengenai Superveloce 800 akan mengambil kami pulang ke 37 kejuaraan dunia yang dimenangi oleh jenama ini.
Pasukan reka, diketuai oleh Adrian Morton, mereka motosikal yang mempunyai bentuk aerodinamik yang diilham dari motosikal lumba dulu. Fairing direka untuk menyembunyi segala titik memasang dan bolt yang memberi kesan bahawa motosikal itu diukir untuk kesempurnaan.
Serie Oro mendapat ciri reka bentuk khas seperti cincin aluminium sekeliling lampu depan, fairing karbon fiber, fairing sisi yang dicat dengan metallic silver, dan penutup tangki yang dibuat dalam aluminium yang telah dimesin dengan leather strap.
SUPERVELOCE 800 DIKENALI UNTUK ENJINNYA. IA ADALAH ENJIN TIGA SILINDER SEBARIS YANG KAMI SUDAH LIHAT PADA F3 800. DENGAN TEKNOLOGI MOTOGP SEPERTI COUNTER-ROTATING CRANKSHAFT, ENJIN INI MEMBERI 148 HP DAN TORK 88 NM.
Bagi Superveloc 800 Serie Oro pula, prestasi enjin boleh dinaik taraf. Untuk itu, pemilik boleh guna ekzos penuh khas dan ECU lumba yang dibekalkan dengan motosikal ini. Ini akan memberi kuasa hingga 153 hp!
Pendikit ride-by-wire telah direka semula berbanding dengan F3 800. Mv Agusta memilih untuk memberi Superveloce maklum balas pendikit yang lebih lancar atau yang lebih progresif.
Penunggang mempunyai pilihan antara empat mod tunggang, guna up&down quickshift EAS2.1, ataupun, memilih salah satu daripada 8 tahap kawalan traction (termasuk Off).
Casis adalah sama seperti F3 800. Tetapi pada Superveloce 800, subframe depan dan belakang lebih spesifik. Ini memberi MV Agusta untuk mereka posisi meunggang selesa dan tempat duduk dibuat daripada Alcantara untuk memberi pengalaman yang lebih “premium”.
MV Agusta juga mereka semula suspesi belakang. Penyerap hentak adalah baru yang akan memberi penunggang pengalaman yang lebih lancar atas jalan yang tidak rata. Penyerap hentak juga mempunyai persediaan yang agak berbeza berbanding dengan jenis yang digunakan pada F3 800.
Superveloce 800 Oro juga mendapat peralatan tambahan. Selain daripada ekzos trek dan ECU, Serie Oro juga mendapat kawalan cruise, drive chain dari DID dalam emas, penutup motosikal kustom dan sensor GPS.
Motosikal-motosikal ini akan tiba di pengedar pada Mac 2020.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS