Pada acara motosikal INTERMOT Cologne, Kawasaki mula menunjuk model seperti Ninja dan Z 125. Tetapi pengilang Jepun juga telah membuat beberapa perubahan terhadap Ninja H2, H2 Carbon dan H2R!.
Ciri utama baru adalah enjin empat silinder yang diperbaharui. Kompresor masih sama tetapi dari 999 cc Kawasaki berjaya memerah “sedikit” jus berbanding dengan model semasa.
Motosikal-motosikal ini mendapat peningkatan prestasi oleh sebab penapis udara baru, intake chamber, spark plug, dan ECU yang telah dinaik taraf. Menurut spesifikasi Eropah, dari 200 hp, H2 kini mampu menjana 230 hp, 30 hp lebih. Dan walaupun kuasa meningkat, penggunaan bahan api tidak berubah! Itu memang berita baik! Versi litar H2R masih akan menjana 300 hp seperti biasa.
Semua versi supercharge Ninja akan mendapat empat omboh kaliper brek Brembo Stylema dengan tayar Bridgestone Battlax pada H2 dan H2 Carbon dan versi litar sahaja akan mendapat tayar Bridgestone V01 sama.
Satu lagi ciri khas dan hebat pada model Ninja H2 2019 adalah cat khusus yang digunakan oleh Kawasaki. Menurut jenama Akashi, cat pada motosikal ini mempunyai keupayaan untuk sembuh sendiri, yang bermaksud bahawa cip cat kecil akan disembuhkan secara automatik oleh sifat kimia cat.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS