HAFIZH SYAHRIN AKAN BERSAING DALAM PERLUMBAAN KETAHANAN DENGAN DUA RODA DAN PADA PUSINGAN WTCR MALAYSIA.
Dengan masa depan perlumbaan motosikalnya untuk 2020 masih diragui, Hafizh Syahrin sudah tahu dia akan bersaing dalam perlumbaan ketahanan Sepang 8 Hours pada Disember. Pada hujung minggu yang sama, Syahrin akan menukar ke jentera empat roda dan bersaing dalam WTCR.
FIM World Endurance Championship akan diubah bagi musim 2020/2021. Tetapi perubahan ini akan bermula sedikit awal. Jadual perlumbaan telah diumumkan dengan litar Sepang untuk salah satu pusingan FIM WEC.
Hafizh Syahrin masih tidak tahu dimana dia akan lumba bagi musim depan dalam World Championship. Dan tanpa kontrak baru, pelumba muda Malaysia ini akan buat kemunculan buat kali pertama di Sepang 8 Hours pada 14 Disember. Pasukan dia belum lagi diumumkan.
Khabar angin mengatakan bahawa pasukan Petronas Yamaha SRT dari MotoGP ingin menyertai perlumbaan ketahanan ini. Musim MotoGP akan berakhir pada pertengahan November jadi Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo bebas untuk berlumba pada Disember. Pelumba ketiga bagi pasukan Petronas Yamaha SRT mungkin menjadi Hafizh Syahrin.
Pasukan dua roda Syahrin masih belum diumumkan tetapi dia akan menunggang sebuah Volkswagen Golf GTI TCR untuk Liqui Moly Team di WTCR pada 15 Disember.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS