Jika anda terlepas, CFMoto dan rakan kongsi India, AMW motorcycles sudah sedia untuk melancar beberapa model motosikal baru di India pada pertengahan 2019. Motosikal-motosikal ini akan datang dari 250cc hingga 650cc.
Syarikat cina CFMoto juga sedang meneroka sektor premium dengan KTM untuk menghasilkan motosikal 999cc, v-kembar, enjin LC8 untuk KTM mulai tahun 2020. Enjin baru ini dijangka akan diguna pada motosikal baru.
AMW Motorcycles adalah syarikat persendirian yang agak baru dan berpusat di Bengaluru. Mereka kini sedang menubuhkan sebuah loji pemasangan. Perkongsian CFMoto-AMW berkemungkinan untuk menunjukkan model 250NK, 400NK, 650NK dan 650MT.
250NK adalah motosikal naked yang mempunyai 250cc, suntikan bahan api, silinder tunggal, enjin sejukkan cecair dengan persediaan DOHC yang mampu menjana 26.5 HP pada 9,000 RPM dan 22Nm tork. Enjin ini disesuaikan dengan kotak gear enam-kelajuan. Motosikal ini akan mempunyai penyalaan LED dan mod tunggang.
400NK dan 650NK agak seiras dari segi gaya tetapi berbeza dari segi kapasiti enjin. 400NK mendapat kembar selari, suntikan bahan api, sejukkan cecair, enjin DOHC dengan 8 injap yang menjana 41.4 HP pada 9500 RPMdan 34.4 Nm tork pada 7650 RPM. 650NK pula mendapat enjin dengan 649.3 cc yang menghasilkan 61 HP pada 9000RPM dan 56 Nm tork pada 7000 RPM. Kedua-dua motosikal ini mempunyai fork telescopic 41 mm di depan dan monoshock belakang dan disokong dengan rangka keluli berlian tiub.
650MT adalah motosikal yang fokus pada pengembaraan dan mempunyai gaya pengembara, pelindung tangan, cermin besar dan kerusi tunggal yang besar. Ia menghasilkan 70.7 HP pada 8750 RPM dan tork 65 Nm. Bahagian depan mendapat cakera dwi-300 mm dan bahagian belakang mendapat cakera 240 mm.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS