KTM Duke 790, yang dikenali sebagai ‘Scalpel’ akan sampai di India melalui laluan CKD.
Beberapa bahagian tertentu Duke 790 akan diperolehi secara tempatan, seperti lampu isyarat, lampu depan dan pendawaian yang akan diperolehi dari Minda. Komponen lain seperti enjin, casis dan suspensi akan diimport secara langsung.
Duke 790 mempunyai enjin LC8c kembar selari dengan 799cc, dimana ‘c’ merujuk kepada ‘compact’, dan disesuaikan pada kotak gear enam-kelajuan. Ia mampu menjana 105hp dan 87Nm sebagai tork maksimum.
Transmisi ini dibantu oleh two-way quick shifter dan enjin terletak di dalam rangka keluli chrome-molybdenum. Rangka belakang dibuat daripada aluminium. Fork depan mempunyai fungsi yang berasingan kerana salah satu daripadanya akan mengendalikan pemampatan manakala yang lain akan mengendalikan pemulihan (rebound) untuk membolehkan penyerapan hentakan dengan lebih baik.
Sistem pengurusan enjin Bosch IMU dilengkapi dengan empat mod menunggang pada 790, iaitu Sport, Street, Rain dan mod Track. Ia juga mempunyai ABS, kawalan roda dan kawalan motor elektronik yang dibantu secara elektronik.
Seratus unit pertama Duke 790 sudah ada di loji Bajaj untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. Operasi dijangka akan bermula pada pertengahan April dan diikuti oleh pelancarannya tidak lama lagi.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS