Kadang kala kami mendengar berita hangat mengenai motosikal tetapi kali ini pula dari England, ini adalah salah satu berita yang pernah kami dengar dalam masa yang lama! Di Wiltshire, pihak Polis telah merampas serta mengimpaun sebuah traktor 5-ton.
Bagi anda semua yang mendapati ini adalah satu perkara biasa, setiap kenderaan pada jalan raya tertakluk kepada pemeriksaan dari pihak Polis dan kisah nyata ialah traktor ini dirampas dan diimpaun adalah kerana pemandu menggunakan kenderaan ini untuk berlumba dengan motosikal!
Menurut surat khabar tempatan, traktor ini yang biasanya didapati pada ladang ditangkap berlumba pada jalan raya awam dan dengan memakai bahan api tidak sah untuk meningkatkan kuasa enjin 175hp itu, cukup untuk bersaing dengan motosikal.
Polis tempatan juga mendapati pemandu traktor itu tidak menunjukkan apa-apa bukti bahawa traktor itu mempunyai insurans yang sah, dan itulah satu lagi sebab kenderaan ini diimpaun.
Traktor yang terlibat dalam perlumbaan ini ialah traktor New Holland 175 dan walaupun ia mempunyai berat sebanyak 5 ton, seorang saksi telah menyifatkan traktor itu sebagai “tangkas dan cantik”.
Adakah anda ingin meneka siapa yang memenangi perlumbaan drag: Traktor atau motosikal?
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS