Pengilang Austria KTM mempunyai aksi perlumbaan dalam darah mereka dan moto mereka adalah bukti: Ready to Race! Walaupun jenama ini diketuai oleh Stefan Pierer dikenali untuk aksi off-road mereka dari Motocross, Enduro ataupun Rally di Dakar, projek terkini mereka di MotoGP sedang mendapat perhatian ramai orang. Prototaip KTM RC16 telah melangkah ke podium MotoGP buat pertama kali pada perlumbaan terakhir musim di Valencia.
MotoGP projek tersebut telah dibangunkan oleh KTM untuk membuktikan bahawa jenama oren ini mampu bersaing dengan pasukan lain pada tahap profesional, MotoGP. Dalam tempoh dua tahun, mereka telah berjaya untuk mencapai apa yang difikirkan mustahil.
Kini dengan pembangunan versi 2019 motosikal RC16 sudah dijalankan, KTM sedang membenarkan pelumba biasa – serta pelumba yang kaya-raya! – untuk mengambil bahagian dalam dunia MotoGP.
Menurut siaran media dari KTM, kilang tersebut akan menjual dua prototaip MotoGP RC16. Jika anda berminat, harga motosikal ini adalah 250,000 euro (RM1,184,917,000 pada nilai pertukaran semasa) dan anda perlu menghubungi KTM melalui e-mel mereka, rc16@ktm.com untuk memberitahu minat anda untuk menambah salah satu daripada dua RC16 ke garaj anda.
Jika tawaran sekali dalam seumur hidup tidak mencukupi untuk menarik minat anda, KTM juga telah tambah beberapa barang istimewa kepada tawaran tersebut: set lengkap gear perlumbaan Pol Espargaro, topi keledar Pol Espargaro yang ditandatangani dan peluang untuk menjadi ahli pasukan factory Red Bull KTM untuk hujung minggu dengan kunjungan paddock, sesi pertemuan dengan Pol dan Johann Zarco, satu set pasukan Red Bull KTM. Anda juga dapat akses kepada Red Bull Energy Station sepanjang hujung minggu di Grand Prix pilihan anda.
Anda juga perlu ingati, RC16 ini hanya untuk penggunaan di litar perlumbaan dan tidak boleh digunakan di jalan raya tetapi ini adalah peluang untuk memiliki suatu prototaip MotoGP yang sangat istimewa.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS