Kebanyakan pengilang kini sedang meneroka percetakan 3D sebagai satu caru untuk menghasilkan motosikal masa depan. Contohnya, BMW Motorrad telah pun mereka rangka dan swingarm dengan menggunakan mesin pencetak 3D tetapi keseluruhan motosikal tidak pernah dibuat….. sehingga sekarang!
Dipamerkan baru-baru ini oleh NOWLAB dan dengan bantuan pengilang mesin pencetak 3D BigRep, Nera merupakan motosikal elektrik pertama yang dicetakkan sepenuhnya dengan mesin pencetak 3D.
Kesemua bahagian Nera telah dicipta dan dihasilkan dengan penggunaan teknik percetakan 3D. Pereka Marco Mattia Cristofori dan Maximilian Sedlak menjamin bahawa semua bahagian motosikal berfungsi seperti motosikal konvensional dengan penggunaan teknik tradisional.
Rangka, fork, tempat duduk dan tayar airless yang dipasang pada rim dicetak 3D dan komponen elektrik adalah bahagian yang tidak dicetak.
Buat masa sekarang, Nera adalah sebuah konsep tetapi NOWLAB adalah syarikat pertama untuk menghasilkan motosikal ini. Kami berharap pengilang yang lebih besar juga akan mengguna teknik unik ini dalam masa terdekat.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS