Bagi ulang tahun ke-25 untuk Monster, Ducati telah merancang sebuah acara peraduan Monster di litar Paul Ricard. Dirancang oleh Ducati West Europe di France sebagai Sunday Ride Classic, acara Monster ini mendapat sokongan serta penyertaan motosikal Monster dari pelbagai ciri, tahun dan model dari benua Eropah.
Sebanyak 500 Monster – 517 motosikal Monster sebenarnya – berkumpul di litar popular France untuk menyambut kewujudan Ducati Monster selama 25 tahun ini. Selain itu, terdapat pelbagai motosikal Monster di acara ini termasuk Monster yang pertama, Monster 900 dari tahun 1993 hingga ke Monster 821 dari tahun 2018 yang telah menempa sebuah rekod baru.
Dirasmikan oleh Raphaël Botte, juri rasmi dari Bandol (Var, France ), kesemua 517 motosikal Monster mengambil satu pusingan melalui litar tersebut.
Mereka diiringi oleh bekas penunggang Ducati WSBK, Régis Laconi yang juga merupakan pembawa bendera Ducati. Dalam segala sejarah Monster, tidak pernah acara sebesar ini dilakukan yang telah memastikan rekod sebelum ini ( dianjurkan pada 2008 oleh peminat Monsters Owners Belgium Club dengan 405 motosikal ) ditewaskan.
Semasa Peraduan Monster terdapat motosikal jarang dilihati seperti Monster “Senna” dan Monster Cromo.
Bagi pemilik Ducati ini, motosikal Monster ini merupakan satu tapak permulaan projek pengubahsuaian. Tambahan pula, di litar perlumbaan terdapat banyak motosikal Monster yang telah diubahsuai yang juga merupakan sebuah testimoni kepada keunikan motosikal ini.
Sempena ulang tahun ke-25 Ducati Monster, sebuah kempen telah dianjurkan terutamanya untuk acara ini : jikalau anda berminat untuk menyertai Ducati, pakai hashtag #welovemonster atas media sosial anda.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS