Berita mengenai sebuah kedai kustom motosikal di Valencia, Spain, membina beberapa kafe racers, scramblers dan pelbagai lagi motosikal kustom tidak sebegitu mengujakan.
Lagi pun, terdapat ramai kedai sebegini dan salah satunya merupakan Bolt Motor Co. Jadi, apakah yang paling unik tentang Bolt Motor Co. ?
Bolt Motor Co. dipelopori oleh Adrián Campos beberapa tahun yang lalu apabila Giancarlo bersama Adrián mereka bentuk Sanglas 400 yang mendapat sanjungan yang tinggi serta penempahan yang banyak untuk motosikal kustom lain. Bolt Motor Co. terletak di ibu pejabat Campos Racing Team.
Adrian merupakan anak kepada bekas pelumba F1 Adrián Campos Sr., dan kini mereka sedang mengurusi beberapa pasukan dari kejohanan Formula 2, Formula 3 dan GP3 racing series. Sepanjang hayat Adrian dipenuhi dengan kereta unik serta bahan-bahan yang khas dan ini telah mencetuskan minat Adrián dalam pembinaan motosikal yang unik. Oleh sebab itu, Bolt Motor Co. menceburi industri pengubahsuaian motosikal.
Salah satu contoh motosikal unik ini ialah BMW R100 RS, yang dibina dalam tahun 1983 dan sekarang digelar sebagai Bolt #7.
Pelanggan serta pemilik motosikal ini telah pun memberi Adrián Campos serta pasukan dia sokongan yang sepenuhnya untuk mengubahsuai motosikal tersebut.
Pasukan Adrián mengambil masa selama 3 bulan untuk mengubahsuai R100 RS dan dengan pemerhatian yang terperinci, kami boleh mengesahkan bahawa mereka telahpun mengubahsuai hampir seluruh motosikal tersebut.
Tayar yang asal masih digunakan termasuk brek Brembo tetapi tayar belakang telah diberi reka bentuk aerodinamik dengan penggunaan penutup lenticular yang direka oleh Bolt Motor Co. Forks hadapan juga merupakan fork yang asal R100 RS tetapi mempunyai tampak garang oleh sebab penutup off-road digunakan.
Motosikal ini masih mengguna tangki minyak asal tetapi diposisikan dengan lebih rendah ke depan untuk memberi tampak gaya yang lebih garang. Sub-frame juga diubahsuai kepada tempat duduk tunggal yang disertakan dengan lampu LED Skinyo di belakangnya.
Di bahagian belakang terdapat penyerap hentak baru yang dikeluarkan oleh Hagon, dan bateri motosikal kini terlindung. Enjin silinder kembar boxer pula dicat dengan warna hitam sebagai sentuhan terakhir serta penapis udara baru dari Emgo dengan sistem ekzos yang pendek.
Bahagian lain Bolt #7 seperti speedo dan cengkaman handlebar sumber dari Motogadget. Manakala, untuk gaya off-road pula kedudukan lampu hadapan diubah ke atas fender hadapan motosikal tersebut.
Proses terakhir ialah dengan penggunaan tayar Mitas Enduro serta kerja cat yang unik.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS